Tips biasa-biasa dari Cik Fairuz:
1) Bila marah dengan sesiapa: Cepat-cepat move on dan fikirkan hal lain. Jangan serabutkan otak fikir kesalahan orang.
2) Bila dah mahir dalam sesuatu perkara berbanding orang lain: Ingat yang kita dulu pun beginner. Bukan terus pandai. Lain orang lain fasanya untuk belajar tentang sesuatu.
3) Bila nampak peminta sedekah tapi malas nak keluarkan duit: Senyum dan doa dalam hati moga Allah murahkan rezeki mereka. Jangan hina mereka sedikit pun. Kita sendiri pun tak tahu samada mereka itu betul miskin atau hanya malas. Bukan kerja kita untuk menilai.
4) Bila dapat kerja atau soalan ekstra: Jangan cepat menolak. Biasanya ia adalah peluang untuk kita belajar benda baru. Kalau memang betul bukan kita orang yang betul untuk melakukan kerja itu, barulah rujuk kepada orang lain. Sekurang-kurangnya kita dapat ilmu baru.
5) Bila naluri memang tak boleh suka dengan sesetengah orang sekeliling: Jangan abaikan instinct kita. Berhati-hati. Jangan mudah mendedahkan rahsia dan tindakan kita kepada mereka. Cuba bergaul seadanya dengan mereka. Jangan berlagak baik. Biar ada jarak janji ikhlas bergaul.
Peace!
No comments:
Post a Comment