Tuesday, 18 April 2017

Ayah dan kata-kata berisinya

Hari ini aku menemankan ayah menguruskan urusan cukai di LHDN Damansara Perdana. Untuk mengelakkan 'traffic jam', kami menggunakan lebuhraya Kerinchi Link dan Sprint. Fikir kami, biar bayar tol, janji cepat sampai.

Siapa yang biasa menggunakan lebuhraya ini pasti tahu jalannya bagaimana. Bersimpang-siur, atas bawah kiri kanan. Ayah mula meluahkan yang dia keliru dengan keadaan jalan yang begitu.

Sedang ayah cuba menyusur ke kanan, ada sebuah MPV sedang terkial-kial mahu menyusur di depan kami. Lampu signal sudah diberi tetapi teragak-agak mahu menyusur. Aku yang agak kurang sabar mula membebel:

"Ish lambat betullah kereta ni. Dah bagi signal tu cepat-cepatlah masuk! Lembap!"

Serentak itu ayah terus cakap:

"Itulah ayah, Kak Long. Itulah ayah, tanpa Kak Long yang boleh tolong ayah tengokkan jalan, tengokkan Waze. Kesian orang tu. Tak biasa jalan kat KL ni".

Ayah terus memberi kereta MPV itu laluan. Dan aku terkedu sebentar, dengan kata-kata ayah yang tepat menusuk ke minda.

Mungkin kita hanya akan fikirkan kesusahan orang lain kalau dia ahli keluarga kita. Kalau dia cuma orang asing? Hari ini hari dia susah. Hari esok mungkin hari kita.

Cuba bersabar. Cuba tangguh atau hilangkan 'judgement' kita. Cuba hilangkan sifat pentingkan diri kita.

Tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan (Lirik lagu Tanya Sama Pokok, nyanyian Hazama).

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...