Monday, 3 April 2017

Trip Penang 3 hari 2 malam

Habis closing year end hari itu(11/3/2017-13/3/2017), aku terus terbang ke Penang. Trip bajet 3 hari 2 malam. Trip kali ini memang asalnya solo. Aku dah book tiket dan hotel pun. Tapi mak aku nak join daaaaa...kebetulan pula birthday dia maka aku pun belanjalah tambang dan lain-lain untuk dia (kebetulan lepas trip terus dapat bonus muehehhe).

Ini bajet aku:

Tiket flight Air Asia: RM 96(aku) + RM150 (mak-booking lambat sikit)=RM246

Nota: Aku dapat beli tiket 20% diskaun RM48 one way.

Hotel-Malabar Inn (Twin bed with private bathroom): RM180 (2 malam)

Nota: Uncle di hotel ini baik gila. Hotel ini berbaloi sangat-sangat dengan harganya. Ada Astro OK! Tapi next time aku nak cuba hotel di kawasan Lebuh Chulia pula.

Bukit Bendera: RM20 (RM10 seorang)

Nota: Kena tunjuk kad pengenalan masa di kaunter pembelian tiket. Kalau tak, harga jadi RM30 seorang, sama dengan pelancong asing.

Makan-makan: RM218 (2 orang, 3 hari)

Pengangkutan (Uber + Bas + Teksi): RM260

Nota: Portion paling besar mestilah transfer ke/dari airport. Yang lain,  paling mahal pun RM10.

Cenderahati untuk kawan office (Biskut Tambun jenama Ban Heang): RM36

Nota: Ban Heang ada logo Halal JAKIM. Ada perisa original, durian, kacang merah, pandan dan sambal udang. Jangan beli di airport sebab agak mahal. Beli di kedai berderetan dengan Jeruk Madu Pak Ali (Chowrasta).

Jumlah hangus kebabommmm: RM960

Ini pula itinerari aku:

Hari pertama:
-Sampai Georgetown pukul 9.30
-Sarapan di Line Clear. Masa ini belum kena raid lagi. Halal lah labu!
-Naik bas percuma CAT pusing seluruh Georgetown.
-Makan tengahari
-Rehat di hotel. Uncle bagi check-in pukul 12. Rehat sampai Maghrib juga sebab aku pening kepala teramat-amat. Plan nak buru street art terbantut hari ini.
-Makan pasembur dan char kuey teow di Gurney Drive. Aku makan pasembur yang tak ramai orang datang kedai dia. Kuah dia sedap!

Hari kedua:
-Separuh hari di Bukit Bendera.
-Lunch di Restoran Kapitan-Nasi briyani chicken cheese Milano. Terbaik! Mak aku makan nasi briyani kambing. Sedap!
-Rehat
-Dinner di Restoran Kapitan (again???)-set roti naan garlic cheese ayam tandoori.

Hari ketiga:
-Lepak sampai masa untuk check-out
-Check-out dan terus ke Ban Heang dan Jeruk Madu Pak Ali
-Gerak ke airport, lunch dan balik KL

Nota:
1) Itinerari aku banyak rehat dan lepak sebab mak aku tak larat nak berjalan lama-lama. Kami just enjoy and chill.
2) Bulan Julai 2017 nanti aku ke Georgetown lagi (Inshaallah) untuk memburu street art dan trick art museum. Dah book tiket flight dah OK. Heheh. 

Ada rasa ralat sebab tak mampu nak berikan yang terbaik untuk mak aku. Kesian mak aku. Tidur bilik murah. Huhu. Mak aku tak nak aku solo. Dia risaukan aku. Aku faham. Tapi aku tetap nak usaha solo juga nanti. We will see.

If I have money, I will travel every month to all the countries. Ameen.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...