Tuesday, 18 April 2017

Selamat Hari Jadi Mak

Hampir dua bulan aku menjadi hamba. Kerja macam nak gila. Kalau mental dan iman tak kuat rasanya dah lama aku bunuh diri. Begitulah tahap tekanan kerja aku, sejak bos yang aku sayang berhenti kerja. Sungguh sayang, tak tipu. Kami pernah meluahkan rasa nak berhenti kerja. Akhirnya dia yang pergi dahulu, mengejar cita-citanya.

Hari ini hari klimaks bagi aku. Hilang separuh kesabaran aku, akibat kerenah bos lain yang buat aku betul-betul marah. Laptop aku hempas, dinding aku tumbuk, diakhiri dengan menangis di tandas hingga sesak nafas. Kombinasi marah cara lelaki dan perempuan. Hehe.

Itu sisi marah. Sisi sedihnya aku dah berniat mahu balik awal. Hari ini hari jadi mak aku. Mak dah cakap, mak masak nasi lemak dan kek buat sedekah di surau. Pukul 10.30 malam aku baru nak balik dari kerja. Sampai rumah, mak belum tidur. Ditemankan aku makan nasi lemak, lepas itu dia mengadu cakap mengantuk dan mahu tidur. Aku kenal cara mak. Mak tunggu aku sebenarnya. Kalau aku balik sedikit lewat lagi tadi entah macam manalah mak.

Maafkanlah anak mak ini, yang gajinya sederhana tapi kerjanya hingga lupa keluarga.

Maafkanlah anak mak ini, yang masih belum mampu membuat mak bahagia.

Maafkanlah anak mak ini, yang banyak kali melukakan hati kedua ibu bapanya.

Duit claim overtime yang ribuan ringgit tak ada makna tanpa mak. Juga ayah. Duit bonus berbulan-bulan takkan mampu membeli masa dengan mak dan ayah.

Selamat Hari Jadi Mak.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...