Saturday 29 July 2017

Review Filem Peribadi: Baby Driver

Filem Baby Driver bukanlah filem tentang pemandu bayi. Sebaliknya, Baby merujuk kepada watak utama filem, iaitu seorang lelaki dewasa bernama Baby.

Selepas ibu bapa Baby meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri, Baby hidup dengan seorang bapa angkat, Joseph. Kesan dari kemalangan ngeri tersebut, Baby terpaksa hidup dengan penyakit Tinnitus, yang mana Baby akan mendengar bunyi berterusan di dalam telinganya.

Untuk menghilangkan bunyi berterusan di dalam telinganya, Baby akan sentiasa memasang lagu-lagu di Ipodnya. Baby memiliki banyak koleksi Ipod termasuk Ipod berwarna merah jambu yang ditunjukkan kepada teman wanitanya, Debora.

Baby bekerja sebagai pemandu dengan Doc, seorang ketua penjenayah. Akibat terhutang dengan Doc, Baby terpaksa memandu untuk Doc sehinggalah segala hutangnya langsai.

Baby selalunya memandu untuk membawa perompak-perompak yang bekerjasama dengan Doc. Baby ternyata seorang pemandu yang sangat cekap,  pantas dan berjaya mengelak daripada polis pada setiap masa.

Paling penting, Baby memandu mengikut timing dan rentak lagu-lagu di dalam Ipodnya. Paling ketara bila Baby pernah meminta perompak-perompak mengulang semula perbuatan mereka, hanya kerana Baby telah terlepas permulaan lagu untuk kerja rompakan pada hari itu. Ada banyak lagu digunakan sepanjang durasi filem, just enjoy it OK. Not like ordinary musical film, though. Mengasyikkan melihat Baby bekerja dengan muzik.

Klimaks filem ini adalah bila Baby cuba menggagalkan kerja rompakan terakhirnya, dikejar oleh polis dan hanya mahu lari dengan Debora. Baby menghantar Joseph ke rumah orang tua untuk sementara waktu. Baby akhirnya menyerah diri dan dipenjarakan. Selepas keluar dari penjara, Baby disambut Debora dan kehidupan mereka akhirnya berjaya diteruskan dengan bahagia, sama seperti happy ending filem-filem lain. 😙

Trip #jomnaikmrt: MRT Kajang-Sungai Buloh

Diinspirasikan oleh sebuah artikel dari akhbar The Star, aku membuat keputusan  untuk menyahut seruan #jomnaikmrt pada Sabtu lepas.

Objektif trip kali ini? Ada tiga:

1) Memburu karya arkitek anak tempatan dan antarabangsa di 7 stesen MRT bawah tanah.

2) Membuktikan sendiri betapa mudahnya urusan harian dan aktiviti santai dengan MRT.

3) Mengambil kesempatan dari diskaun tambang 50% yang ditawarkan oleh RapidKL.

Ini itinerari trip aku:

1) Bertolak ke stesen MRT Kajang sekitar pukul 2.30 petang. Parking kereta di tempat parking bertingkat.

2) Mulakan trip MRT Kajang-Sungai Buloh.

3) Singgah di stesen MRT Cochrane - Makan cendol dan tengok wayang filem Baby Driver di GSC, MyTown Cheras.

4) Memburu karya arkitek yang unik mengikut tema di 7 stesen MRT bawah tanah:

●Stesen Maluri : Tema Generasi Baru (New Generation)

●Stesen Cochrane : Tema Kehidupan Bandar (Urban Living).

●Stesen Bukit Bintang :Tema Dinamik (Dynamic), sentiasa aktif tanpa henti.

●Stesen Tun Razak Exchange: Tema Korporat Islamik (Islamic Corporate)

●Stesen Merdeka : Tema Kemerdekaan (Independence).

●Stesen Pasar Seni : Tema kuala sungai (Confluence) - tempat bertembungnya Sungai Klang dan Sungai Gombak yang telah mewujudkan Kuala Lumpur (Muddy Confluence).

●Stesen Muzium Negara : Tema Peralihan (Transition) dari yang lama kepada yang baru.

5) Singgah makan malam di Stesen MRT Mutiara Damansara - Waroeng Penyet,The Curve.

6) Teruskan trip ke stesen MRT Sungai Buloh.

7) Patah balik ke stesen MRT Kajang dan bertolak balik ke rumah.

8) Sampai ke rumah pada tepat pukul 12 tengah malam.

Bajet trip kali ini (digenapkan):

1) Minyak dan tol (Kinrara-Kajang-Kinrara): RM30

2) Parking di stesen MRT Kajang:RM6

3) Tambang tiket MRT(selepas ditolak diskaun 50%, menggunakan Touch n Go):

Kajang-Cochrane = RM1.70
Cochrane-Mutiara Damansara = RM1.85
Mutiara Damansara-Sungai Buloh-Kajang = RM2.20

Jumlah=RM6

4) Makan minum: RM30

5) Tiket wayang: RM15

Jumlah besar: RM87

Boleh rujuk link-link di bawah untuk panduan:

1) Artikel The Star

2) Laman web MRT: Laluan, kadar tiket dan integrasi dengan LRT/Komuter/Bas.

Jom naik MRT! 😆😆😆

Friday 28 July 2017

A Friend in Need, a Talent in Miss

Yesterday was a memorable event for us. We have planned it soon after our dear colleague, Krystel tendered her resignation. We went to Kyochon, a restaurant specialising in serving chickens, Korean inspired.

Though we usually went to Kyochon Pavilion in Bukit Bintang, this time we tried the one in the newly opened shopping centre, MyTown in Cheras. MyTown is located exactly beside Ikea Cheras, though. So, you know what I mean. Haha.

We ordered 3 different sets containing 12 pieces of chickens each, 2 bowls of rice (1 bowl is enough for 2 persons) and our own choices of drinks. Definitely feeling full after that, what do you think? Duhhhh...😄😄😄

Forget about the food now. The most important thing is that we were able to spend our time with Krystel, talking heart to heart about her endurance in our department. She is the epitome of a real powerful girl, who took action in silence. No unnecessary complains, no backbiting and always maintain being professional. She puts the nicest smile everyday, with only she knows the thousands of tears flowing from inside her heart, to her eyes.

To Krystel, we wish you only the best in your future undertaking. We hope you enjoy the food and also the friendship that we had. We will miss you, the department will miss you, only one person will curse you haha. But I know you will forgive the person, cause you have a good and kind heart. We apologize too, if we ever make you feel sad or uncomfortable either professionally or personally.

A friend in need, a talent in miss.

Picture credit to: Weeda

Monday 24 July 2017

Review Filem Peribadi: Bajrangi Bhaijaan

Dah lama tak tengok filem lakonan Salman Khan. Sabtu lepas aku dan kawan-kawan menonton filem terkini Salman Khan iaitu Bajrangi Bhaijan.

Salman memainkan watak Bajrangi, seorang pemuda Hindu yang taat dan lurus (lurus bendul sebenarnya). Heroin filem ini bukan Rasika (Kareena Kapoor) OK. Heroinnya adalah budak perempuan Pakistan Muslim berumur 9 tahun yang tak boleh bercakap, bernama Shahida.

Filem dimulakan dengan babak Shahida yang terjatuh dari bukit tinggi, namun tak mampu menjerit meminta tolong. Seharian keluarganya dan penduduk kampung mencari Shahida. Akhirnya Shahida dijumpai selamat, tersangkut di dahan pokok.

Risaukan kejadian sama berlaku, keputusan telah dibuat. Ibu Shahida akan membawanya ke Delhi, India untuk berubat. Harapan mereka tinggi agar Shahida boleh bercakap.

Akibat dari fitrah manusia yang penat dan tertidur (ibu Shahida) dan naluri ingin tahu (Shahida), kedua-dua mereka terpisah dan Shahida tertinggal di Delhi. Di Delhi, Shahida terjumpa dengan Bajrangi. Shahida kemudiannya menjadi kesayangan Bajrangi dan keluarga Rasika, tanpa mengetahui bahawa Shahida sebenarnya berasal dari Pakistan, yang selalu bertelagah dengan India. Malah Shahida telah diberikan nama baru oleh mereka iaitu Munni.

Yang mengharukan dalam filem ini adalah momen-momen Bajrangi berusaha keras untuk membawa Shahida pulang kepada keluarganya di Pakistan. Macam-macam cabaran dilalui termasuklah momen Shahida dijual kepada rumah pelacuran dan momen Bajrangi dituduh sebagai pengganas India yang cuba mengancam Pakistan.

Dalam keterujaan aku untuk menonton, banyak kali juga aku tergelak dengan adegan-adegan kelakar, contohnya semasa Bajrangi terpaksa berpurdah untuk mengelak dari dikesan polis Pakistan.

Klimaks filem ini adalah apabila rakyat India dan Pakistan bersatu untuk melihat Bajrangi pulang ke Delhi selepas Shahida selamat dipulangkan kepada keluarganya. Babak Shahida menjerit memanggil Bajrangi sehingga terkeluar suaranya memang boleh buat kita menangis, OK. Huhu.

Lagu-lagu dalam filem ini sangat mengasyikkan terutama lagu Tu Jo Mila. Layan habis! Kesimpulannya, silalah tengok filem ini bila berkesempatan, ya. Terbaik dan penuh mesej berguna baik dari segi agama, budaya bangsa dan negara.

Selamat menonton!

Sunday 23 July 2017

Review Food Delivery Peribadi: Bread Pudding

Review kali ini untuk bread pudding air tangan ex housemate tercinta, Puan Linda a.k.a Lindud. Dah lama aku usha FB  Lindud sebenarnya. Tunggu masa nak order saja. Maka Sabtu lepas aku pun order lah bread pudding dengan sos kastard yang lazat berkrim itu hehe.

1) Proses membuat order

Sebab dah tahu nak order apa dan dah biasa dengan Lindud, order jadi sangat smooth lah. Whatsapp saja Lindud dengan butiran order, bila nak deliver dan harga. Senang! Hehe.

2) Proses delivery oleh seller

Asalnya aku nak kena pickup di rumah Lindud di Kajang. Tapi sebab Lindud nak ke Bangsar, maka dia deliver saja ke rumah aku di Kinrara. Delivery pun smooth walaupun ada sedikit traffic jam.

3) Kuantiti dan kualiti produk

Bread pudding yang Lindud buat memang sangat presentable dan mudah dimakan. Setiap bread pudding diisi dalam paper cup. Curah saja sos kastard di atas bread pudding. Nyams! Paling aku suka sebab kismisnya banyak maka balance antara rasa tepung/roti dan rasa manis dari kismis. 

Untuk serving 6-8 orang, Lindud buatkan 1 set bread pudding 16 biji. Aku order 2 set (1 untuk family, 1 untuk kawan-kawan).

Harga? Kalau tak campur caj delivery, Lindud caj aku RM42 untuk 2 set. Delivery mungkin berbeza ikut kawasan, tau. Kesimpulannya? Sangat berbaloi dan sedap! Adik aku kata sos kastard boleh dimakan begitu saja sebab sedap bangetttt! Bolehkah? Haha. Macam roti Gardenia pula, boleh dimakan begitu saja.

Buat Lindud: Keep it up sis! Semoga murah rezeki uolssss. Jalan terus dehhh!

FB : Norazlinda Abu Bakar

Kredit gambar: Lindud ( Whatsapp dan FB)

Review Food Delivery Peribadi: Sushika

Kali ini aku nak review tentang food delivery iaitu Sushika. Dari namanya pun dah tahu, produknya ialah sushi. Hehehe.

Aku tahu tentang Sushika pun dari FB saja. Disebabkan nampak menarik, aku Like page FB Sushika. Selalulah nampak post-post di pagenya. Siap nampak gambar owner Sushika, Atiqah Sulaiman. Dalam hati dah rasa kagum dengan semangat dia berniaga. Akhirnya, Sabtu lepas aku berjaya juga merasa produk Sushika yang serius marvelous! Tak tipu OK!

1) Proses membuat order

Agak complicated untuk aku sebab ini kali pertama aku order. Kebetulan pula aku order untuk hari minggu-no loose order. Hanya boleh order kek sushi saja.

Aku minta cadangan dari staf Sushika, untuk dua bahagian: satu untuk family seramai 8 orang, satu lagi untuk kawan-kawan seramai 6 orang. Staf Sushika recommend 1 set kek sushi Large dan 1 set kek sushi Mini.

Staf Sushika terlupa beritahu aku actual price setelah dicampur kos delivery. Aku memang tak tahulah, kan. Aku ingat harga yang diberi dah masuk delivery. Maka adalah sedikit salah faham semasa  delivery. Duit tak cukup kahkahkah!

2) Proses delivery oleh seller

Delivery smooth, lebih kurang pukul 12 tengahari. Atiqah update aku yang dia dah dekat jadi aku boleh agak-agak masa dan roger adik aku. 

Aku tiada di rumah masa delivery. Adik aku yang sambut. Dialah yang dimalukan sebab duit tak cukup haha! Padan muka dia. Muehehe. 

Tak apa, salah faham berjaya diselesaikan. Kami top up lebihan kos delivery dan aku minta maaf dengan Atiqah atas salah faham yang berlaku.

3) Kuantiti dan kualiti produk

Kuantiti sushi yang kami dapat memang sangat banyak! Sekali tengok macam mahal saja ratus-ratus bayar. Tapi bila tengok kuantiti sushi yang kami dapat, memang berbaloi!

Kualiti sushi juga sangat mantap. Sangat generous dengan ingredients. Sampaikan kawan-kawan aku yang kaki sushi cakap kalah Sushi King. Kerlassss!

Kalau kalian order setakat 6-8 orang, set kek sushi Mini dah cukup untuk sekali makan (siap berlebih lagi, tau hehe). Set kek sushi Large mungkin sesuai untuk 15-20 orang sekali makan.

Semasa aku order ini harga-harganya:

Set kek sushi Large: RM120 (9 roll mixed flavour sushi, disusun 2 layers)

Set kek sushi Mini: RM63 (5 roll mixed flavour sushi, disusun 2 layers)

Set sushi loose: RM9-RM15

Sushi udang tempura. Rm15
Sushi tuna   Rm9
Sushi sambal   Rm12
Sushi Serunding  Rm12
Sushi chezzy salmon   Rm15

Buat team Sushika:

Keep it up! Semoga bisnes kalian terus maju Inshaallah. Jalan terus!

FB page: Sushika
FB owner Sushika: Atiqah Sulaiman

Tuesday 18 July 2017

Review Filem Peribadi: War of the Planet of the Apes

Aku agak skeptikal dengan filem ini pada awalnya. Sebab aku tak pernah follow filem-filem Apes. Sebab aku ingat alahhh apa yang nak diceritakan tentang beruk-beruk. Betul tak?

Rupanya aku silap. Filem Apes ini memang sangat best dan sesuai dengan jiwa animal lover aku.  Jiwa yang sukakan idea bahawa manusialah yang selalu perlu belajar dengan haiwan akan banyak perkara.

Filem ini dimulakan dengan adegan tentera US cuba memusnahkan kem kaum Apes. Malangnya, mereka tewas dan hanya tinggal berempat (tiga tentera US diketuai Preacher dan seekor Ape tali barut tentera US (Donkey) bernama Red). Ketua  kaum Apes iaitu Ceasar nekad tidak membunuh mereka. Sebaliknya memulangkan mereka, dengan mesej paling jelas: Jangan ganggu kehidupan kaum Apes di hutan dan peperangan akan dihentikan.

Blue Eyes, anak lelaki sulung Ceasar pulang kepada kaum Apes setelah menjumpai tempat baru untuk mereka semua: kawasan padang pasir yang belum berpenghuni. Tetapi perjalanannya jauh. Ceasar mahukan perancangan rapi dilakukan tetapi Winter mahu mereka berpindah malam itu juga. Ternyata kata-kata Winter berasas (Winter belot dengan menjadi donkey tentera US). Malam itu juga tentera US menyerang mereka. Ketua mereka, Kolonel Mccullough telah membunuh Cornelia (isteri Ceasar) dan Blue Eyes.

Ceasar patah hati. Terngiang-ngiang kata-kata ketua kaum Apes sebelumnya, Koba yang berdendam dengan manusia. Lantas keputusan telah dilakukan. Ceasar akan membalas dendam terhadap Kolonel yang telah membunuh keluarganya. Ceasar pada mulanya mahu pergi berseorangan. Tapi Rocket, Maurice dan Luca berjaya memujuk Ceasar membawa mereka sekali. Baki kaum Apes termasuk Cornelius (anak kedua Ceasar) dan Lake (pasangan Blue Eyes) diarahkan bergerak ke arah padang pasir yang telah dimaklumkan oleh Blue Eyes.

Dalam perjalanan mencari Kolonel, pasukan Ceasar bertemu dengan Nova (budak perempuan bisu) dan Bad Ape (Ape yang pernah tinggal di Human Zoo, iaitu kem tentera US yang dituju oleh mereka). Bad Ape kemudian membawa pasukan Ceasar ke kem tentera US tersebut, hanya untuk melihat kaum Apes telah ditahan dan dikerah bekerja tanpa makanan dan minuman. Luca telah terkorban semasa cuba menyelamatkan Ceasar dari ditembak. Ceasar pula ditangkap, selepas dipukul dari belakang.

Ceasar menyaksikan sendiri kaumnya diseksa. Ceasar juga berjaya berjumpa dengan Kolonel. Sementara itu, Maurice, Rocket, Nova dan Bad Ape merancang untuk menyelamatkan kaum Apes melalui jalan bawah tanah. Klimaksnya, semasa tentera US diserang oleh tentera US lainnya, kaum Apes berbondong-bondong menyelamatkan diri melalui terowong bawah tanah. Hinggalah sebuah runtuhan salji yang maha hebat menyapu habis seluruh kawasan tersebut, dan kaum Apes terselamat kerana semuanya berpaut kuat pada dahan pokok yang tinggi.

Kaum Apes berjaya sampai ke kawasan padang pasir. Namun mereka tidak sedar, Ceasar semakin hampir ke akhir hayatnya. Ceasar telah ditembak semasa mahu keluar dari kem tentera US. Akhirnya, Ceasar mati di sisi Maurice, meninggalkan legasi yang hebat untuk kaumnya.

Apakah yang terjadi kepada Kolonel?

Kolonel mati membunuh diri semasa perhitungan dengan Ceasar. Agak anti-klimaks, betul? Tapi kita perlu fokus kepada sifat Ceasar yang tak sanggup menarik picu senjata, hingga akhirnya Kolonel yang melakukannya. Bang!

Dua dialog paling menarik aku ingat:

1) Semasa Ceasar bertanya kepada Red:

"What is left on you to be saved?"

Merujuk kepada rendahnya maruah Red yang sanggup menyeksa kaumnya sendiri. Red akhirnya ditembak oleh tentera US, selepas membantu Ceasar menyelamatkan diri dari Preacher.

2) Pastilah kata-kata keramat kaum Apes, sambil mengangkat kedua belah tangan:

Apes...Together...Strong.

Selamat menonton!

Friday 14 July 2017

How to remain calm in every situation

One of our auditor greeted me today, asking how I have been doing. I said as usual, busy. Haha. Unexpectedly he said he admired my ability to remain cool, even though the workloads are as high as a mountain. My reply to him is this:

Throughout my external audit and my current working years, I have learned that we should be able to differentiate ourselves as a person, and the work that we are doing.

A simple example would be this: No matter how busy we are, at exactly 12 pm or 1 pm we must leave our table for lunch. That might be the only time we have to eat and relax. Or no matter how stressful we are, we must not let it out to people who are not related to the cause of our stress. Always put a smile to everybody in the department.

Ultimately, think about this all the time, be it inside or outside of office:

Do towards others, the way you want others do to you.

You don't want people to be mad and scream at you in front of others: Don't do it.

You don't want people to hurt your feelings: Don't do it.

You don't want people to leave you all alone to handle things without a proper guidance: Don't do it.

You don't want people to judge you unnecessarily: Don't do it.

All these worked quite well for me so far. Keep holding on if we can. Else, find our own happiness in another place.

Peace!

Tuesday 11 July 2017

Dedikasi Buat Warga Plaza Rakyat dan Ustaz Don

Cashier kedai Newsweek yang peramah dan amanah. Aku tertinggal kad ID staf dan Touch n Go semalam. Disimpannya hingga aku datang semula untuk mengambil.

Staf kaunter RapidKL yang biasa aku berurusan untuk top up Touch n Go. Jarang mereka moody dan tak senyum. Kebiasaannya peramah juga.

Pakcik kurus yang kerjanya menyapu di stesen LRT. Alhamdulillah bersih persekitaran yang kami lalui setiap hari.

Uncle Cina yang buta dan menjual tisu. Untuk RM1 sepeket, agak mahal sebenarnya. Tapi tak mengapa. Itu kamu berniaga, bukannya meminta-minta.

Pakcik Melayu bermisai yang duduk bersila di sudut berhampiran tangga. Terima kasih di atas senyuman paling manismu. Setiap hari aku bersemangat nak bekerja bila tengok senyuman pakcik itu. Pakcik juga berniaga tisu, macam Uncle Cina tadi.

Pakcik dan makcik buta yang menyanyi pada waktu petang setiap hari. Suara kalian tak sedap pun, tapi lagu pilihan kalian menghiburkan juga. Terasa meriah suasana di Plaza Rakyat. Sunyi jika kalian tiada.

Sesekali ada seorang ibu berkategori istimewa mengendong anaknya. Tangannya menadah meminta sedikit sumbangan, dengan senyuman juga. Jika tiada wang untuk diberikan, senyumlah dan doakan kesihatan dan kemudahan urusan buat mereka.

Akhir sekali buskers tempatan dan antarabangsa yang bermain muzik. Terpulang samada kita mahu menyumbang atau tidak. Ia cuma salah satu cara untuk mereka mendapatkan wang. Tak mahu beri, cukup sekadar memberi senyuman.

Terima kasih di atas kehadiran kalian setiap hari. Wajah-wajah kalian membuat aku positif dan percaya bahawa hidup perlu diteruskan, walau apapun kesusahan yang mendatang. Doa aku akan sentiasa mengiringi kalian.

Oh, sesungguhnya besar pahala Ustaz Don yang mengajar kita supaya mendoakan semua orang yang kita jumpa. Sampai sekarang aku amalkan, termasuklah untuk semua warga Plaza Rakyat ini. Semoga Allah mudahkan segala urusan beliau, Amin.

Selipar Pink Kesayanganku

"Fairuz pakai selipar je pergi lunch?" tanya seorang kawan pejabatku.

"Ha'ah kak. Saya memang selalu pakai selipar je. Pergi meeting je saya pakai kasut" jawabku.

Dalam diam aku terfikir, salah ke aku pakai selipar? Nampak santai sangat ke selipar aku? Atau nampak murah sangat?

Aku sayang selipar ini. Warna Pink. Harga  ratusan ringgit juga. Sebab ianya selipar khas untuk kakiku yang tak berapa sihat. Banyak jasa selipar ini. Aku dah pernah cuba macam-macam selipar/sandal tapi yang ini memang sedap dipakai dan tak menyakitkan kaki aku.

Biarkan sajalah. Penat nak fikir cakap-cakap orang. Janji aku selesa. Selagi tak ada orang HR tegur, aku pakai saja. Haha. Alah, bukan selipar jepun pun. OK apa? 😄

Kisah Assalamualaikum

1) Mamat 'roman' Chindian

Ada satu malam kereta aku tak boleh keluar dari parking sebab kena block kaw-kaw. Seorang mamat berwajah Chindian datang dekat kereta aku sambil membawa payung (hujan gerimis waktu itu).

"Would you like me to help you manouvre the car? But it might cause a bit scratch or crack on the edge if you don't mind".

"OK" jawabku ringkas. Hati sedang panas sebab ingatkan kena menunggu kereta yang block keretaku keluar dulu.

"Here, hold the umbrella (payung sudah dibuka) while I manouvre the car ya".

Selepas keretaku berjaya dikeluarkan, aku mengucapkan terima kasih kepadanya.

"It's OK. I kesian dekat you. Memang teruk orang yang block kereta you. Assalamualaikum".

2) Pemandu Grabcar 'roman' Cina

Aku dan kawan ke Pavilion semalam. Pemandunya memang betul-betul berwajah Cina. Kawan aku yang book maka aku tak tahu identiti sebenar dia.

"Could you please drop us at the valet parking area, which is a bit further there?" pinta aku.

"Yes miss. OK" jawabnya.

"Here's RM7 for the fare ya. Thanks ya for the trip" kawanku memberi duit tambang.

"OK. Thank you miss. Assalamualaikum".

3) Faizal Tahir pernah menyanyikan lagu Assalamualaikum. Baru-baru ini pun aku siap google lagu Assalamualaikum Yeah nyanyian Harris J, yang sangat kerap dimainkan di radio SinarFM. Kedua-dua lagu ini sangat catchy dan membawa mesej yang sama: keamanan dan kedamaian.

Assalamualaikum bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu. Assalamualaikum tidak ekslusif kepada sesetengah bangsa. Assalamualaikum memang ucapan selamat yang universal.

Assalamualaikum!

Saturday 8 July 2017

Marah dengan online seller

Aku marah hari ini. Marah dengan online seller yang telah memusnahkan keterujaan aku nak beli set kufi. Aku bukan pandai sangat menghias rumah jadi kalau sekali aku nak beli, maknanya aku serius dan bersemangatlah, betul tak?

1) Main tarik tali

Whatsapp pertama aku send dibalas dengan jawapan tiada stok. Bila aku mohon berundur, tiba-tiba boleh ada stok. Seller siap beri butir-butir untuk pembayaran online.

2) Terma tak jelas dan tak telus

Bila aku buat pembayaran, seller tiba-tiba balas meminta aku tambah lagi RM20. Alasannya aku tak dapat harga promosi sebab bayar lewat sehari.

Post di FB tiada menyebut tarikh akhir promosi.

Mesej di whatsapp pun tiada langsung menyuruh aku bayar cepat supaya tidak terlepas harga promosi.

Selepas memberi sedikit ceramah, seller cakap tak perlu bayar tambahan RM20. Aku cuma pesan nanti bila dah post update aku.

3) Ada stok ke tidak sebenarnya?

Seller whatsapp memohon maaf stok dah habis. Aku dah mula menyinga. Aku berceramah sekali lagi. Aku dah bayar, bukankah seller patut simpan stok untuk aku?

Seller bukan cuba mahu memujuk pun. Seller cuba pula promote set kufi lain. Aku marah dan cakap tak nak, pulangkan duit aku.

Aku memang betul-betul sakit hati. Nak berniaga biarlah serius. Mentang-mentang tak nampak muka, layan acuh tak acuh saja. Kalau seller itu depan mata,  memang aku tumbuk muka dia agaknya. Tak pun kena ceramah bersulam carutan percuma.

Sesetengah seller tak faham nilai estetika pada pembelian oleh pembeli. Kadang bukan soal mahal atau murah pun. Tapi keinginan dan semangat nak membeli itu yang penting.

Marah dari pagi sampai malam OK! Huh!

Monday 3 July 2017

Trip Penang 2 Hari 1 Malam

Ini merupakan kali kedua aku ke Penang dalam tahun 2017. Pergi dan balik naik flight dengan kawan aku, Cik BJ. Consider trip solo sebab sampai saja di Penang, kami berdua bawa haluan sendiri. 

ITINERARI

1) Hari pertama: 1/7/2017 (Sabtu)

1. Naik KLIA Transit ke KLIA2 dari stesen Tasik Selatan (parking kereta di Terminal Bersepadu Selatan(TBS)). Flight ke Penang pukul 10.35 pagi, tapi delay ke pukul 11.00 pagi.

Tips:
- Print/Save jadual koc KLIA Transit untuk rancang perjalanan mengikut masa penerbangan kita.

- Compare dulu kos antara park kereta + ERL/KLIA Transit VS Uber/Grab/Teksi terus ke/dari airport.

2. Sampai Penang sekitar pukul 12.00 tengahari. Cik BJ ambil Grab ke SPICE Arena, aku ambil Uber ke Restoran Kapitan (lunch time), Georgetown. Menu wajib: Chicken Cheese Milani set. Aku try air Mango Lassi, sedap banget!

3. Check-in hotel: Malabar Inn (Book melalui Agoda)

Tips:
- Untuk hotel bajet, hotel ini memang awesome. Tak tipu! Boleh google sendiri review dari pelancong lain OK.

- Compare harga dari website hotel, Agoda, Traveloka, Bookings dan lain-lain untuk dapatkan harga termurah.

- Boleh book dorm/hostel untuk harga yang jauh lebih murah.

3. 3D Trick Art Museum

4. Padang Kota Lama. Makan mee sotong Pata Hameed dan minum coconut shake.

Tips:
- Hati-hati dengan harga makanan di sini. Tanya siap-siap sebelum memesan/membayar. Takut kena 'sembelih'!

5. Makan malam di Sup Al-Bismi.

2) Hari kedua: 2/7/2017 (Ahad)

1. Check-out awal tapi tumpang letak beg di hotel. Alhamdulillah tak kena caj apa-apa.

2. Sarapan di Roti Bakar Hutton Lane.

3. Memburu Street Art.

Tips:
- Naik motor memang terbaik untuk memburu Street Art. Elak traffic jam.Tapi berhati-hati dengan pemandu kereta yang tak ada sivik OK!

4. Dark Mansion 3D Glow in the Dark Museum

Tips:
- Sebaik-baiknya minta staf di sana tolong ambilkan gambar. Mereka lebih tahu kesan lighting effect kepada gambar kita nanti.

5. Made In Penang Interactive Museum

6. Lunch di Nasi Kandar Hameediyah

7. Tech Dome, Komtar

Tips:
- Pintu masuk dan keluar berbeza: Pintu masuk di tingkat 3 dan pintu keluar di tingkat 5. 

- Tak boleh bawa beg. Kena beli loker. Tech Dome tutup pukul 6.00 petang jadi pastikan kita cukup masa untuk keluar di tingkat 5 (pintu keluar) dan ambil semula beg di tingkat 3 (pintu masuk). 

-  Pada tiket ada bar code yang perlu scan untuk kita masuk.

-  Kalau nak puas melawat dan buat aktiviti berbayar di Komtar seperti The Top dan lain-lain, kena allocate masa minimum setengah hari + duit minimum RM200. Pihak pengurusan sengaja membuat pintu masuk dan keluar berbeza supaya kita teruja nak cuba aktiviti-aktiviti menarik di sana. Tiket masuk RM25 hanya basic untukTech Dome sahaja, OK!

8. Bertolak ke airport. Flight ke KL pukul 9.05 malam.

9. Naik KLIA Transit ke stesen Tasik Selatan. Ambil kereta di TBS dan pulang ke rumah.

BAJET: 

Bajet ini berdasarkan kos sebenar aku untuk aktiviti Street Art Hunting +  Museum Hunting (good review dan high rating saja, faktor kesuntukan masa) + Food Hunting. Lain orang mungkin lain bajetnya. Yang penting kita happy OK!

1) Tiket flight (Return) = RM179

2) Parking di TBS = RM16

3) KLIA Transit ke/dari KLIA2 = RM76.80 (RM38.40 one way)

4) Sarapan McD (Cik BJ ajak, bukan aku nak! Hahaha) = RM12.00

5) Uber dari airport ke Restoran Kapitan =RM18

6) Lunch di Restoran Kapitan =RM18

7) Hotel = RM70

8) Rider guide (Perempuan)= RM100 (rider cakap beri dia seikhlas hati kali ini, Alhamdulillah).

Orang kata pergi Penang boleh saja jalan seorang diri. Tapi tak semua ladies traveller dibenarkan travel solo oleh keluarga mereka. Jadi, inilah salah satu cara untuk pastikan kita berteman sepanjang trip.

Boleh PM FB Carrot Owsem untuk arrange rider guide. Memang awesome! Tak tipu OK.

9) Mee sotong + Coconut shake = RM12

10) Sup Al Bismi + Roti + Air limau suam = RM7

11) Tiket 3D Trick Art Museum = RM15

12) Tiket Dark Mansion 3D Glow in the Dark Museum + promosi FREE entrance ke Made in Penang Interactive Museum = RM25

13) Fridge magnet (beli di Dark Mansion 3D Glow in the Dark Museum) = RM10 (Dapat 3 fridge magnet)

14) Lunch di Nasi Kandar Hameediyah = RM25

15) Tiket Tech Dome, Komtar = RM25

16) Loker beg di Tech Dome, Komtar = RM3

17) Makan waffle di airport = RM5

18) Makan mee wantan di KLIA2 sebelum naik KLIA Transit = RM23

Jumlah besar = RM615.80

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Peace!











KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...