Saturday, 29 July 2017

Review Filem Peribadi: Baby Driver

Filem Baby Driver bukanlah filem tentang pemandu bayi. Sebaliknya, Baby merujuk kepada watak utama filem, iaitu seorang lelaki dewasa bernama Baby.

Selepas ibu bapa Baby meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri, Baby hidup dengan seorang bapa angkat, Joseph. Kesan dari kemalangan ngeri tersebut, Baby terpaksa hidup dengan penyakit Tinnitus, yang mana Baby akan mendengar bunyi berterusan di dalam telinganya.

Untuk menghilangkan bunyi berterusan di dalam telinganya, Baby akan sentiasa memasang lagu-lagu di Ipodnya. Baby memiliki banyak koleksi Ipod termasuk Ipod berwarna merah jambu yang ditunjukkan kepada teman wanitanya, Debora.

Baby bekerja sebagai pemandu dengan Doc, seorang ketua penjenayah. Akibat terhutang dengan Doc, Baby terpaksa memandu untuk Doc sehinggalah segala hutangnya langsai.

Baby selalunya memandu untuk membawa perompak-perompak yang bekerjasama dengan Doc. Baby ternyata seorang pemandu yang sangat cekap,  pantas dan berjaya mengelak daripada polis pada setiap masa.

Paling penting, Baby memandu mengikut timing dan rentak lagu-lagu di dalam Ipodnya. Paling ketara bila Baby pernah meminta perompak-perompak mengulang semula perbuatan mereka, hanya kerana Baby telah terlepas permulaan lagu untuk kerja rompakan pada hari itu. Ada banyak lagu digunakan sepanjang durasi filem, just enjoy it OK. Not like ordinary musical film, though. Mengasyikkan melihat Baby bekerja dengan muzik.

Klimaks filem ini adalah bila Baby cuba menggagalkan kerja rompakan terakhirnya, dikejar oleh polis dan hanya mahu lari dengan Debora. Baby menghantar Joseph ke rumah orang tua untuk sementara waktu. Baby akhirnya menyerah diri dan dipenjarakan. Selepas keluar dari penjara, Baby disambut Debora dan kehidupan mereka akhirnya berjaya diteruskan dengan bahagia, sama seperti happy ending filem-filem lain. 😙

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...