Sunday, 23 July 2017

Review Food Delivery Peribadi: Sushika

Kali ini aku nak review tentang food delivery iaitu Sushika. Dari namanya pun dah tahu, produknya ialah sushi. Hehehe.

Aku tahu tentang Sushika pun dari FB saja. Disebabkan nampak menarik, aku Like page FB Sushika. Selalulah nampak post-post di pagenya. Siap nampak gambar owner Sushika, Atiqah Sulaiman. Dalam hati dah rasa kagum dengan semangat dia berniaga. Akhirnya, Sabtu lepas aku berjaya juga merasa produk Sushika yang serius marvelous! Tak tipu OK!

1) Proses membuat order

Agak complicated untuk aku sebab ini kali pertama aku order. Kebetulan pula aku order untuk hari minggu-no loose order. Hanya boleh order kek sushi saja.

Aku minta cadangan dari staf Sushika, untuk dua bahagian: satu untuk family seramai 8 orang, satu lagi untuk kawan-kawan seramai 6 orang. Staf Sushika recommend 1 set kek sushi Large dan 1 set kek sushi Mini.

Staf Sushika terlupa beritahu aku actual price setelah dicampur kos delivery. Aku memang tak tahulah, kan. Aku ingat harga yang diberi dah masuk delivery. Maka adalah sedikit salah faham semasa  delivery. Duit tak cukup kahkahkah!

2) Proses delivery oleh seller

Delivery smooth, lebih kurang pukul 12 tengahari. Atiqah update aku yang dia dah dekat jadi aku boleh agak-agak masa dan roger adik aku. 

Aku tiada di rumah masa delivery. Adik aku yang sambut. Dialah yang dimalukan sebab duit tak cukup haha! Padan muka dia. Muehehe. 

Tak apa, salah faham berjaya diselesaikan. Kami top up lebihan kos delivery dan aku minta maaf dengan Atiqah atas salah faham yang berlaku.

3) Kuantiti dan kualiti produk

Kuantiti sushi yang kami dapat memang sangat banyak! Sekali tengok macam mahal saja ratus-ratus bayar. Tapi bila tengok kuantiti sushi yang kami dapat, memang berbaloi!

Kualiti sushi juga sangat mantap. Sangat generous dengan ingredients. Sampaikan kawan-kawan aku yang kaki sushi cakap kalah Sushi King. Kerlassss!

Kalau kalian order setakat 6-8 orang, set kek sushi Mini dah cukup untuk sekali makan (siap berlebih lagi, tau hehe). Set kek sushi Large mungkin sesuai untuk 15-20 orang sekali makan.

Semasa aku order ini harga-harganya:

Set kek sushi Large: RM120 (9 roll mixed flavour sushi, disusun 2 layers)

Set kek sushi Mini: RM63 (5 roll mixed flavour sushi, disusun 2 layers)

Set sushi loose: RM9-RM15

Sushi udang tempura. Rm15
Sushi tuna   Rm9
Sushi sambal   Rm12
Sushi Serunding  Rm12
Sushi chezzy salmon   Rm15

Buat team Sushika:

Keep it up! Semoga bisnes kalian terus maju Inshaallah. Jalan terus!

FB page: Sushika
FB owner Sushika: Atiqah Sulaiman

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...