Diinspirasikan oleh sebuah artikel dari akhbar The Star, aku membuat keputusan untuk menyahut seruan #jomnaikmrt pada Sabtu lepas.
Objektif trip kali ini? Ada tiga:
1) Memburu karya arkitek anak tempatan dan antarabangsa di 7 stesen MRT bawah tanah.
2) Membuktikan sendiri betapa mudahnya urusan harian dan aktiviti santai dengan MRT.
3) Mengambil kesempatan dari diskaun tambang 50% yang ditawarkan oleh RapidKL.
Ini itinerari trip aku:
1) Bertolak ke stesen MRT Kajang sekitar pukul 2.30 petang. Parking kereta di tempat parking bertingkat.
2) Mulakan trip MRT Kajang-Sungai Buloh.
3) Singgah di stesen MRT Cochrane - Makan cendol dan tengok wayang filem Baby Driver di GSC, MyTown Cheras.
4) Memburu karya arkitek yang unik mengikut tema di 7 stesen MRT bawah tanah:
●Stesen Maluri : Tema Generasi Baru (New Generation)
●Stesen Cochrane : Tema Kehidupan Bandar (Urban Living).
●Stesen Bukit Bintang :Tema Dinamik (Dynamic), sentiasa aktif tanpa henti.
●Stesen Tun Razak Exchange: Tema Korporat Islamik (Islamic Corporate)
●Stesen Merdeka : Tema Kemerdekaan (Independence).
●Stesen Pasar Seni : Tema kuala sungai (Confluence) - tempat bertembungnya Sungai Klang dan Sungai Gombak yang telah mewujudkan Kuala Lumpur (Muddy Confluence).
●Stesen Muzium Negara : Tema Peralihan (Transition) dari yang lama kepada yang baru.
5) Singgah makan malam di Stesen MRT Mutiara Damansara - Waroeng Penyet,The Curve.
6) Teruskan trip ke stesen MRT Sungai Buloh.
7) Patah balik ke stesen MRT Kajang dan bertolak balik ke rumah.
8) Sampai ke rumah pada tepat pukul 12 tengah malam.
Bajet trip kali ini (digenapkan):
1) Minyak dan tol (Kinrara-Kajang-Kinrara): RM30
2) Parking di stesen MRT Kajang:RM6
3) Tambang tiket MRT(selepas ditolak diskaun 50%, menggunakan Touch n Go):
Kajang-Cochrane = RM1.70
Cochrane-Mutiara Damansara = RM1.85
Mutiara Damansara-Sungai Buloh-Kajang = RM2.20
Jumlah=RM6
4) Makan minum: RM30
5) Tiket wayang: RM15
Jumlah besar: RM87
Boleh rujuk link-link di bawah untuk panduan:
2) Laman web MRT: Laluan, kadar tiket dan integrasi dengan LRT/Komuter/Bas.
Jom naik MRT! 😆😆😆
No comments:
Post a Comment