Sunday, 23 July 2017

Review Food Delivery Peribadi: Bread Pudding

Review kali ini untuk bread pudding air tangan ex housemate tercinta, Puan Linda a.k.a Lindud. Dah lama aku usha FB  Lindud sebenarnya. Tunggu masa nak order saja. Maka Sabtu lepas aku pun order lah bread pudding dengan sos kastard yang lazat berkrim itu hehe.

1) Proses membuat order

Sebab dah tahu nak order apa dan dah biasa dengan Lindud, order jadi sangat smooth lah. Whatsapp saja Lindud dengan butiran order, bila nak deliver dan harga. Senang! Hehe.

2) Proses delivery oleh seller

Asalnya aku nak kena pickup di rumah Lindud di Kajang. Tapi sebab Lindud nak ke Bangsar, maka dia deliver saja ke rumah aku di Kinrara. Delivery pun smooth walaupun ada sedikit traffic jam.

3) Kuantiti dan kualiti produk

Bread pudding yang Lindud buat memang sangat presentable dan mudah dimakan. Setiap bread pudding diisi dalam paper cup. Curah saja sos kastard di atas bread pudding. Nyams! Paling aku suka sebab kismisnya banyak maka balance antara rasa tepung/roti dan rasa manis dari kismis. 

Untuk serving 6-8 orang, Lindud buatkan 1 set bread pudding 16 biji. Aku order 2 set (1 untuk family, 1 untuk kawan-kawan).

Harga? Kalau tak campur caj delivery, Lindud caj aku RM42 untuk 2 set. Delivery mungkin berbeza ikut kawasan, tau. Kesimpulannya? Sangat berbaloi dan sedap! Adik aku kata sos kastard boleh dimakan begitu saja sebab sedap bangetttt! Bolehkah? Haha. Macam roti Gardenia pula, boleh dimakan begitu saja.

Buat Lindud: Keep it up sis! Semoga murah rezeki uolssss. Jalan terus dehhh!

FB : Norazlinda Abu Bakar

Kredit gambar: Lindud ( Whatsapp dan FB)

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...