Aku agak skeptikal dengan filem ini pada awalnya. Sebab aku tak pernah follow filem-filem Apes. Sebab aku ingat alahhh apa yang nak diceritakan tentang beruk-beruk. Betul tak?
Rupanya aku silap. Filem Apes ini memang sangat best dan sesuai dengan jiwa animal lover aku. Jiwa yang sukakan idea bahawa manusialah yang selalu perlu belajar dengan haiwan akan banyak perkara.
Filem ini dimulakan dengan adegan tentera US cuba memusnahkan kem kaum Apes. Malangnya, mereka tewas dan hanya tinggal berempat (tiga tentera US diketuai Preacher dan seekor Ape tali barut tentera US (Donkey) bernama Red). Ketua kaum Apes iaitu Ceasar nekad tidak membunuh mereka. Sebaliknya memulangkan mereka, dengan mesej paling jelas: Jangan ganggu kehidupan kaum Apes di hutan dan peperangan akan dihentikan.
Blue Eyes, anak lelaki sulung Ceasar pulang kepada kaum Apes setelah menjumpai tempat baru untuk mereka semua: kawasan padang pasir yang belum berpenghuni. Tetapi perjalanannya jauh. Ceasar mahukan perancangan rapi dilakukan tetapi Winter mahu mereka berpindah malam itu juga. Ternyata kata-kata Winter berasas (Winter belot dengan menjadi donkey tentera US). Malam itu juga tentera US menyerang mereka. Ketua mereka, Kolonel Mccullough telah membunuh Cornelia (isteri Ceasar) dan Blue Eyes.
Ceasar patah hati. Terngiang-ngiang kata-kata ketua kaum Apes sebelumnya, Koba yang berdendam dengan manusia. Lantas keputusan telah dilakukan. Ceasar akan membalas dendam terhadap Kolonel yang telah membunuh keluarganya. Ceasar pada mulanya mahu pergi berseorangan. Tapi Rocket, Maurice dan Luca berjaya memujuk Ceasar membawa mereka sekali. Baki kaum Apes termasuk Cornelius (anak kedua Ceasar) dan Lake (pasangan Blue Eyes) diarahkan bergerak ke arah padang pasir yang telah dimaklumkan oleh Blue Eyes.
Dalam perjalanan mencari Kolonel, pasukan Ceasar bertemu dengan Nova (budak perempuan bisu) dan Bad Ape (Ape yang pernah tinggal di Human Zoo, iaitu kem tentera US yang dituju oleh mereka). Bad Ape kemudian membawa pasukan Ceasar ke kem tentera US tersebut, hanya untuk melihat kaum Apes telah ditahan dan dikerah bekerja tanpa makanan dan minuman. Luca telah terkorban semasa cuba menyelamatkan Ceasar dari ditembak. Ceasar pula ditangkap, selepas dipukul dari belakang.
Ceasar menyaksikan sendiri kaumnya diseksa. Ceasar juga berjaya berjumpa dengan Kolonel. Sementara itu, Maurice, Rocket, Nova dan Bad Ape merancang untuk menyelamatkan kaum Apes melalui jalan bawah tanah. Klimaksnya, semasa tentera US diserang oleh tentera US lainnya, kaum Apes berbondong-bondong menyelamatkan diri melalui terowong bawah tanah. Hinggalah sebuah runtuhan salji yang maha hebat menyapu habis seluruh kawasan tersebut, dan kaum Apes terselamat kerana semuanya berpaut kuat pada dahan pokok yang tinggi.
Kaum Apes berjaya sampai ke kawasan padang pasir. Namun mereka tidak sedar, Ceasar semakin hampir ke akhir hayatnya. Ceasar telah ditembak semasa mahu keluar dari kem tentera US. Akhirnya, Ceasar mati di sisi Maurice, meninggalkan legasi yang hebat untuk kaumnya.
Apakah yang terjadi kepada Kolonel?
Kolonel mati membunuh diri semasa perhitungan dengan Ceasar. Agak anti-klimaks, betul? Tapi kita perlu fokus kepada sifat Ceasar yang tak sanggup menarik picu senjata, hingga akhirnya Kolonel yang melakukannya. Bang!
Dua dialog paling menarik aku ingat:
1) Semasa Ceasar bertanya kepada Red:
"What is left on you to be saved?"
Merujuk kepada rendahnya maruah Red yang sanggup menyeksa kaumnya sendiri. Red akhirnya ditembak oleh tentera US, selepas membantu Ceasar menyelamatkan diri dari Preacher.
2) Pastilah kata-kata keramat kaum Apes, sambil mengangkat kedua belah tangan:
Apes...Together...Strong.
Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment