1) Mamat 'roman' Chindian
Ada satu malam kereta aku tak boleh keluar dari parking sebab kena block kaw-kaw. Seorang mamat berwajah Chindian datang dekat kereta aku sambil membawa payung (hujan gerimis waktu itu).
"Would you like me to help you manouvre the car? But it might cause a bit scratch or crack on the edge if you don't mind".
"OK" jawabku ringkas. Hati sedang panas sebab ingatkan kena menunggu kereta yang block keretaku keluar dulu.
"Here, hold the umbrella (payung sudah dibuka) while I manouvre the car ya".
Selepas keretaku berjaya dikeluarkan, aku mengucapkan terima kasih kepadanya.
"It's OK. I kesian dekat you. Memang teruk orang yang block kereta you. Assalamualaikum".
2) Pemandu Grabcar 'roman' Cina
Aku dan kawan ke Pavilion semalam. Pemandunya memang betul-betul berwajah Cina. Kawan aku yang book maka aku tak tahu identiti sebenar dia.
"Could you please drop us at the valet parking area, which is a bit further there?" pinta aku.
"Yes miss. OK" jawabnya.
"Here's RM7 for the fare ya. Thanks ya for the trip" kawanku memberi duit tambang.
"OK. Thank you miss. Assalamualaikum".
3) Faizal Tahir pernah menyanyikan lagu Assalamualaikum. Baru-baru ini pun aku siap google lagu Assalamualaikum Yeah nyanyian Harris J, yang sangat kerap dimainkan di radio SinarFM. Kedua-dua lagu ini sangat catchy dan membawa mesej yang sama: keamanan dan kedamaian.
Assalamualaikum bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu. Assalamualaikum tidak ekslusif kepada sesetengah bangsa. Assalamualaikum memang ucapan selamat yang universal.
Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment