Tuesday, 11 July 2017

Selipar Pink Kesayanganku

"Fairuz pakai selipar je pergi lunch?" tanya seorang kawan pejabatku.

"Ha'ah kak. Saya memang selalu pakai selipar je. Pergi meeting je saya pakai kasut" jawabku.

Dalam diam aku terfikir, salah ke aku pakai selipar? Nampak santai sangat ke selipar aku? Atau nampak murah sangat?

Aku sayang selipar ini. Warna Pink. Harga  ratusan ringgit juga. Sebab ianya selipar khas untuk kakiku yang tak berapa sihat. Banyak jasa selipar ini. Aku dah pernah cuba macam-macam selipar/sandal tapi yang ini memang sedap dipakai dan tak menyakitkan kaki aku.

Biarkan sajalah. Penat nak fikir cakap-cakap orang. Janji aku selesa. Selagi tak ada orang HR tegur, aku pakai saja. Haha. Alah, bukan selipar jepun pun. OK apa? 😄

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...