Saturday, 8 July 2017

Marah dengan online seller

Aku marah hari ini. Marah dengan online seller yang telah memusnahkan keterujaan aku nak beli set kufi. Aku bukan pandai sangat menghias rumah jadi kalau sekali aku nak beli, maknanya aku serius dan bersemangatlah, betul tak?

1) Main tarik tali

Whatsapp pertama aku send dibalas dengan jawapan tiada stok. Bila aku mohon berundur, tiba-tiba boleh ada stok. Seller siap beri butir-butir untuk pembayaran online.

2) Terma tak jelas dan tak telus

Bila aku buat pembayaran, seller tiba-tiba balas meminta aku tambah lagi RM20. Alasannya aku tak dapat harga promosi sebab bayar lewat sehari.

Post di FB tiada menyebut tarikh akhir promosi.

Mesej di whatsapp pun tiada langsung menyuruh aku bayar cepat supaya tidak terlepas harga promosi.

Selepas memberi sedikit ceramah, seller cakap tak perlu bayar tambahan RM20. Aku cuma pesan nanti bila dah post update aku.

3) Ada stok ke tidak sebenarnya?

Seller whatsapp memohon maaf stok dah habis. Aku dah mula menyinga. Aku berceramah sekali lagi. Aku dah bayar, bukankah seller patut simpan stok untuk aku?

Seller bukan cuba mahu memujuk pun. Seller cuba pula promote set kufi lain. Aku marah dan cakap tak nak, pulangkan duit aku.

Aku memang betul-betul sakit hati. Nak berniaga biarlah serius. Mentang-mentang tak nampak muka, layan acuh tak acuh saja. Kalau seller itu depan mata,  memang aku tumbuk muka dia agaknya. Tak pun kena ceramah bersulam carutan percuma.

Sesetengah seller tak faham nilai estetika pada pembelian oleh pembeli. Kadang bukan soal mahal atau murah pun. Tapi keinginan dan semangat nak membeli itu yang penting.

Marah dari pagi sampai malam OK! Huh!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...