Ini merupakan kali kedua aku ke Penang dalam tahun 2017. Pergi dan balik naik flight dengan kawan aku, Cik BJ. Consider trip solo sebab sampai saja di Penang, kami berdua bawa haluan sendiri.
ITINERARI
1) Hari pertama: 1/7/2017 (Sabtu)
1. Naik KLIA Transit ke KLIA2 dari stesen Tasik Selatan (parking kereta di Terminal Bersepadu Selatan(TBS)). Flight ke Penang pukul 10.35 pagi, tapi delay ke pukul 11.00 pagi.
Tips:
- Print/Save jadual koc KLIA Transit untuk rancang perjalanan mengikut masa penerbangan kita.
- Print/Save jadual koc KLIA Transit untuk rancang perjalanan mengikut masa penerbangan kita.
- Compare dulu kos antara park kereta + ERL/KLIA Transit VS Uber/Grab/Teksi terus ke/dari airport.
2. Sampai Penang sekitar pukul 12.00 tengahari. Cik BJ ambil Grab ke SPICE Arena, aku ambil Uber ke Restoran Kapitan (lunch time), Georgetown. Menu wajib: Chicken Cheese Milani set. Aku try air Mango Lassi, sedap banget!
3. Check-in hotel: Malabar Inn (Book melalui Agoda)
Tips:
- Untuk hotel bajet, hotel ini memang awesome. Tak tipu! Boleh google sendiri review dari pelancong lain OK.
- Untuk hotel bajet, hotel ini memang awesome. Tak tipu! Boleh google sendiri review dari pelancong lain OK.
- Compare harga dari website hotel, Agoda, Traveloka, Bookings dan lain-lain untuk dapatkan harga termurah.
- Boleh book dorm/hostel untuk harga yang jauh lebih murah.
3. 3D Trick Art Museum
4. Padang Kota Lama. Makan mee sotong Pata Hameed dan minum coconut shake.
Tips:
- Hati-hati dengan harga makanan di sini. Tanya siap-siap sebelum memesan/membayar. Takut kena 'sembelih'!
- Hati-hati dengan harga makanan di sini. Tanya siap-siap sebelum memesan/membayar. Takut kena 'sembelih'!
5. Makan malam di Sup Al-Bismi.
2) Hari kedua: 2/7/2017 (Ahad)
1. Check-out awal tapi tumpang letak beg di hotel. Alhamdulillah tak kena caj apa-apa.
2. Sarapan di Roti Bakar Hutton Lane.
3. Memburu Street Art.
Tips:
- Naik motor memang terbaik untuk memburu Street Art. Elak traffic jam.Tapi berhati-hati dengan pemandu kereta yang tak ada sivik OK!
- Naik motor memang terbaik untuk memburu Street Art. Elak traffic jam.Tapi berhati-hati dengan pemandu kereta yang tak ada sivik OK!
4. Dark Mansion 3D Glow in the Dark Museum
Tips:
- Sebaik-baiknya minta staf di sana tolong ambilkan gambar. Mereka lebih tahu kesan lighting effect kepada gambar kita nanti.
- Sebaik-baiknya minta staf di sana tolong ambilkan gambar. Mereka lebih tahu kesan lighting effect kepada gambar kita nanti.
5. Made In Penang Interactive Museum
6. Lunch di Nasi Kandar Hameediyah
7. Tech Dome, Komtar
Tips:
- Pintu masuk dan keluar berbeza: Pintu masuk di tingkat 3 dan pintu keluar di tingkat 5.
- Pintu masuk dan keluar berbeza: Pintu masuk di tingkat 3 dan pintu keluar di tingkat 5.
- Tak boleh bawa beg. Kena beli loker. Tech Dome tutup pukul 6.00 petang jadi pastikan kita cukup masa untuk keluar di tingkat 5 (pintu keluar) dan ambil semula beg di tingkat 3 (pintu masuk).
- Pada tiket ada bar code yang perlu scan untuk kita masuk.
- Kalau nak puas melawat dan buat aktiviti berbayar di Komtar seperti The Top dan lain-lain, kena allocate masa minimum setengah hari + duit minimum RM200. Pihak pengurusan sengaja membuat pintu masuk dan keluar berbeza supaya kita teruja nak cuba aktiviti-aktiviti menarik di sana. Tiket masuk RM25 hanya basic untukTech Dome sahaja, OK!
8. Bertolak ke airport. Flight ke KL pukul 9.05 malam.
9. Naik KLIA Transit ke stesen Tasik Selatan. Ambil kereta di TBS dan pulang ke rumah.
BAJET:
Bajet ini berdasarkan kos sebenar aku untuk aktiviti Street Art Hunting + Museum Hunting (good review dan high rating saja, faktor kesuntukan masa) + Food Hunting. Lain orang mungkin lain bajetnya. Yang penting kita happy OK!
1) Tiket flight (Return) = RM179
2) Parking di TBS = RM16
3) KLIA Transit ke/dari KLIA2 = RM76.80 (RM38.40 one way)
4) Sarapan McD (Cik BJ ajak, bukan aku nak! Hahaha) = RM12.00
5) Uber dari airport ke Restoran Kapitan =RM18
6) Lunch di Restoran Kapitan =RM18
7) Hotel = RM70
8) Rider guide (Perempuan)= RM100 (rider cakap beri dia seikhlas hati kali ini, Alhamdulillah).
Orang kata pergi Penang boleh saja jalan seorang diri. Tapi tak semua ladies traveller dibenarkan travel solo oleh keluarga mereka. Jadi, inilah salah satu cara untuk pastikan kita berteman sepanjang trip.
Boleh PM FB Carrot Owsem untuk arrange rider guide. Memang awesome! Tak tipu OK.
9) Mee sotong + Coconut shake = RM12
10) Sup Al Bismi + Roti + Air limau suam = RM7
11) Tiket 3D Trick Art Museum = RM15
12) Tiket Dark Mansion 3D Glow in the Dark Museum + promosi FREE entrance ke Made in Penang Interactive Museum = RM25
13) Fridge magnet (beli di Dark Mansion 3D Glow in the Dark Museum) = RM10 (Dapat 3 fridge magnet)
14) Lunch di Nasi Kandar Hameediyah = RM25
15) Tiket Tech Dome, Komtar = RM25
16) Loker beg di Tech Dome, Komtar = RM3
17) Makan waffle di airport = RM5
18) Makan mee wantan di KLIA2 sebelum naik KLIA Transit = RM23
Jumlah besar = RM615.80
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Peace!
No comments:
Post a Comment