Dah lama tak tengok filem lakonan Salman Khan. Sabtu lepas aku dan kawan-kawan menonton filem terkini Salman Khan iaitu Bajrangi Bhaijan.
Salman memainkan watak Bajrangi, seorang pemuda Hindu yang taat dan lurus (lurus bendul sebenarnya). Heroin filem ini bukan Rasika (Kareena Kapoor) OK. Heroinnya adalah budak perempuan Pakistan Muslim berumur 9 tahun yang tak boleh bercakap, bernama Shahida.
Filem dimulakan dengan babak Shahida yang terjatuh dari bukit tinggi, namun tak mampu menjerit meminta tolong. Seharian keluarganya dan penduduk kampung mencari Shahida. Akhirnya Shahida dijumpai selamat, tersangkut di dahan pokok.
Risaukan kejadian sama berlaku, keputusan telah dibuat. Ibu Shahida akan membawanya ke Delhi, India untuk berubat. Harapan mereka tinggi agar Shahida boleh bercakap.
Akibat dari fitrah manusia yang penat dan tertidur (ibu Shahida) dan naluri ingin tahu (Shahida), kedua-dua mereka terpisah dan Shahida tertinggal di Delhi. Di Delhi, Shahida terjumpa dengan Bajrangi. Shahida kemudiannya menjadi kesayangan Bajrangi dan keluarga Rasika, tanpa mengetahui bahawa Shahida sebenarnya berasal dari Pakistan, yang selalu bertelagah dengan India. Malah Shahida telah diberikan nama baru oleh mereka iaitu Munni.
Yang mengharukan dalam filem ini adalah momen-momen Bajrangi berusaha keras untuk membawa Shahida pulang kepada keluarganya di Pakistan. Macam-macam cabaran dilalui termasuklah momen Shahida dijual kepada rumah pelacuran dan momen Bajrangi dituduh sebagai pengganas India yang cuba mengancam Pakistan.
Dalam keterujaan aku untuk menonton, banyak kali juga aku tergelak dengan adegan-adegan kelakar, contohnya semasa Bajrangi terpaksa berpurdah untuk mengelak dari dikesan polis Pakistan.
Klimaks filem ini adalah apabila rakyat India dan Pakistan bersatu untuk melihat Bajrangi pulang ke Delhi selepas Shahida selamat dipulangkan kepada keluarganya. Babak Shahida menjerit memanggil Bajrangi sehingga terkeluar suaranya memang boleh buat kita menangis, OK. Huhu.
Lagu-lagu dalam filem ini sangat mengasyikkan terutama lagu Tu Jo Mila. Layan habis! Kesimpulannya, silalah tengok filem ini bila berkesempatan, ya. Terbaik dan penuh mesej berguna baik dari segi agama, budaya bangsa dan negara.
Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment