Monday, 20 November 2017

Berat

Berat mata
Berat hati
Berat lidah
Berat tangan dan kaki
Berat minda
Berat kuasa
Berat fizikal dan mental
Berat kudrat
Berat logik
Berat berat berat
Sarat sarat sarat

Sunday, 19 November 2017

Astaka Morocco Putrajaya

A quick and adhoc drive to Astaka Morocco Putrajaya today.

Letaknya di Taman Botani Putrajaya.

Sesuai untuk jalan-jalan dan photo shooting untuk kahwin atau graduation.

Katanya dibina asbab hubungan comolot kerajaan Malaysia dengan negara Maghribi/Morocco.

Tiket masuk RM3 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak dan pelajar.

Kalau tak nak masuk pun boleh. Masih boleh bergambar di luar.

Nak masuk kena buka selipar. Boleh bergambar hanya setakat di luar, kawasan air pancut. Di dalam bilik-bilik tak boleh katanya. Tak boleh sentuh apa-apa, tak boleh duduk di atas sofa. Hanya boleh tengok.

Untuk lawatan yang bermakna, sila baca penerangan di luar pintu bilik OK. Setiap bilik menerangkan bandar-bandar berbeza di Morocco. Setiap bandar lain kegiatan ekonomi, seni bina dan alatannya.

Sejam dah cukup di sini. Layan...bajet dah sampai ke negara Morocco gamaknya. Hoho

Peace!

Saturday, 18 November 2017

The Life of She

The path she goes
Normal like others
The pain she feels
Could it be painful than others?
The people she met
Were they even real?
The life she had chosen
Can it be called a life though?
But she believes
She keeps holding to it
She is just a person
Who does not give a damn
She just want to live for few years more
Just to make the persons she love
As happy as happiness defined

Wednesday, 15 November 2017

Ibrah Si Buta

Menapak ke stesen LRT Plaza Rakyat dalam kelaparan.

"I want food!I want food!" bentak hati.

"Ting!" bunyi besi.

"Ting!" bunyi besi lagi sekali.

Rupanya seorang lelaki buta melanggar segala besi dengan tongkatnya.

Lapar. Tapi...wuuu..wuu..mana tahan tengok orang begitu.

"Encik nak ke mana?" tanyaku.

"Ke hotel Ancasa. Ada program. Saya tak biasa jalan di sini".

"Jom" mulut aku kata lain, walaupun perut kata lain.

"Saya dari Low Yat tadi. Terus datang ke sini" jelasnya.

Ke sana sini tanpa penglihatan. Bercakap gaya kita bercakap tentang urusan harian.

Mungkin aku yang tak biasa dengan kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang tak mudah. Silap langkah terjatuh. Silap jalan terlanggar. Ingat tak sakit?

Kenyang sekejap dengan ibrah. Lapar perut tak sama lapar penglihatan.

Masih sangat banyak nak aku syukurkan.

Sunday, 12 November 2017

Rindu Tanpa Bicara

Rindu tak terluah
Kata-kata jadi air mata
Tatapan mata kini tiada
Bagaimana mahu bicara
Hilang sudah segala rasa
Yang rasa di hati
Tak sama rasa di minda
Hati perlu berkurun lamanya
Sabarlah sang hati
Sampai masa dikau pun bahagia

Saturday, 4 November 2017

Kita Merancang, Allah Lebih Hebat Merancang untuk Kita

Cantik tak cincin di jari manisku ini?

Dengan bentuk Love, sweet je rasa. Hehehe.

Ini cincin tak tahu jenis samada merisik, bertunang atau nikah. Masa aku dapat cincin ini, keadaannya lebih kepada bertanyakan status.

Cincin 'Aku Tanya Apa Khabar'. Ngeeeee...

Aku dapat cincin ini pada tahun 2014. Dapat sekali dengan telekung yang sangat cantik. Rancangan asal adalah mengikut saja rentak ayah, sebab calonnya adalah anak kawan baik ayah.

Calonnya taklah kacak macam Fattah Amin. Juga tak kaya macam Datuk Boy Iman. Paling best calon ini siap beri resume untuk kami buat assessment. Kau ada? Hohoho.

Aku asalnya terima dengan hati terbuka juga. Hantaran rendah saja. Tapi aku tahu keluarga mereka baik-baik belaka. Tapi sudah takdirNya, calon itu sendiri menarik balik seluruh perancangan dengan sebab tak bersedia.

Aku taklah kecewa sangat, cuma rasa ralat sebab melibatkan ibu bapa kedua belah pihak yang beria-ia nak menyatukan kami.

Tak mengapalah. Kita merancang, Allah lebih hebat merancang. Alhamdulillah hubungan keluarga kami masih baik.

Aku? Meroyan sekejap sebab dah beberapa kali melalui percubaan ala-ala begini. Tapi tak apa. Seiring waktu, aku lebih matang dan faham setiap dari kita ini hanyalah manusia biasa. Ada banyak kelemahan. 

Aku juga faham yang kita kena kahwin bila dah bersedia dan dengan rela hati. Kena tahu apa matlamat perkahwinan yang sebenar. Tak perlu rushing sebab tengok orang lain dah kahwin.

Enjoy single life. While we can. To the maximum that we are able to.

Tak percaya, tanyalah kawan-kawan yang dah kahwin. Semua akan cakap benda yang sama. Bukan sebab kahwin tak best, tapi sebab kahwin adalah dunia yang sangat berbeza dari kehidupan bujang.

Peace!



Wednesday, 1 November 2017

Trip Ho Chi Minh 3 Hari 2 Malam

Aku ke Ho Chi Minh (HCM) baru-baru ini. Trip adhoc plus nekad aku. Trip redah tanpa saving langsung.

Amaran keras:
Tak digalakkan untuk kalian ikut cara aku OK. Sebab lepas trip ini, kalian mungkin kena puasa berhari-hari. Macam aku. Haha.

It's a calculated risk, I would say. Just do it! ✈✈✈

Amaran kedua keras:

Post agak panjang tapi Inshaallah cukup untuk rujukan kalian.

Itinerari:

1) Day 1 ( 28/10/2017)

a) Sampai di HCM @ 8.30 pagi (masa Vietnam).

Waktu di Vietnam lambat 1 jam dari Malaysia. Jangan lupa setting masa di jam tangan dan smartphone (termasuk apps untuk solat) kepada masa Vietnam OK!

Kami beli simkad Viettel 2GB data dengan harga VND 105,000 (RM20). Di hotel dan restoran di Malaysian Street memang ada wi-fi tapi kami fikir senang nak contact kawan atau keluarga di Malaysia sewaktu di luar contohnya semasa shopping atau melawat tempat menarik di sana. 

b) Naik Bus 152 ke Ben Thanh (keluar airport, jalan ke kanan sampai depan Burger King). Dalam 30 minit sampai ke stesen bas Ben Thanh.

Tambang bas: VND 5,000 (RM1) /pax  tanpa beg besar. Kalau ada beg besar yang makan seat orang lain, extra VND 5,000 (RM1) /pax lagi.

c) Big breakfast di Restoran Ay Sah (Nasi goreng seafood dan air buah).

d) Check-in hotel Thanh Thu @ 11.00 pagi yang terletak di Malaysian Street.

Hotel Thanh Thu terletak di sebelah hotel Saigon Pink 2. Hotel-hotel ini memang hot spot bagi orang Malaysia. Boleh berlari-lari turun naik shopping OK. Tak tipu!

Sempat beli kopi Vietnam tepi jalan yang ada logo Halal. Syiok gila! Harganya RM3 saja, maka 3 kali jugalah kami minum sepanjang di sana.

e) Melawat Cu Chi Tunnel dan Handicapped Art Shop (ambil dengan Bismillah Tours-depan hotel).

Kami gerak ke Cu Chi Tunnel pukul 1.30 tengahari, bergabung dengan geng-geng tourist lain dari Malaysia, Ireland, Canada dan lain-lain. Tour guide kami namanya Khoi. Muda dan sangat syiok! Berbaloi rasanya dengan bayaran yang kami beri. Jangan lupa stand  by mosquito repellant ya. Kami pakai yang jenis patch (lekatkan di baju/tudung) jenama Guardian saja hehe. 

Jarak dari hotel ke Cu Chi Tunnel: 2 jam

Sesi melawat Cu Chi Tunnel dan Handicapped Art Shop: 2 jam

Sampai hotel pukul 7.30 malam.

Kalau kalian nak save bajet, boleh naik dua bas (Bas 13 dari HCM dan Bas 79 ke Cu Chi Tunnel) untuk ke Cu Chi Tunnel. Tapi, make sure kalian balik sebelum pukul 4.00 petang. Sebab aku difahamkan susah nak dapat bas lepas pukul 4.00 petang. Maklumlah kawasan luar bandar. 

Maknanya kalian kena sampai di Cu Chi Tunnel selewat-lewatnya pukul 1.00 petang. Ding dong ding dong melawat dalam 2 jam, habis pukul 3.00 petang. Buffer 1 jam just in case ada apa-apa hal berlaku.

f) Dinner di Restoran Halal Amin (Pho Daging dan Nasi ayam).

g) Shopping di Night Market (terletak di luar Ben Thanh Market) dan kedai-kedai di Malaysian Street (terletak di depan hotel kami).

Kena pandai-pandai bandingkan harga OK! Macamlah tak biasa, kan.

2) Day 2 (29/10/2017)

a) Breakfast di hotel apa yang ada saja; milo 3 in 1 dan cereal.

b) Melawat Sungai Mekong  (ambil pakej dengan Bismillah Tours melalui FB Selamat K. S. Islam)

Tour guide kami namanya Tam a.k.a Mawi. Aktiviti-aktiviti kami dalam trip Sungai Mekong:

- Singgah di kedai baju murah (aku beli t-shirt Polo lelaki pada harga 3 helai=RM50).

Tak semua barang murah OK. Kena pandai-pandai juga, tau.

- Sungai Mekong trip: melawat proses produk berasaskan kelapa (coconut candy dan lain-lain)  +  naik kuda padi + melawat proses produk berasaskan madu lebah + pegang dan bergambar dengan ular sawa + makan tengahari halal (menu nasi putih, kari ikan, udang, sayur tauge dan air mineral) + makan buah-buahan sambil mendengar nyanyian + naik sampan kecil. 

- Singgah di kilang Danny's Shop: macam-macam ada, tapi aku cuma beli telekung Siti Khadijah untuk mak aku dan baju untuk anak-anak buah aku.

Tak semua barang murah. Kena pandai-pandai bandingkan dengan harga di Night Market Ben Thanh dan Malaysian Street.

Kami sampai di Malaysian Street lebih kurang pukul 6.00 petang.

- Dinner di restoran Hajah Basiroh (nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung, air nescafe dan lemon suam).

- Shopping di Night Market (terletak di luar Ben Thanh Market) dan kedai-kedai di Malaysian Street (terletak di depan hotel kami).

- Sempat beli kebab sedap di depan hotel. Ada macam-macam perisa ikan, ayam dan daging. Suka sangat rotinya. Sedap banget!

3) Day 3 (30/10/2017)

a) Breakfast di restoran Halal Amin (roti telur dan roti kari).

b) Tour bandar HCM.

Naik Grab ke Saigon Central Post Office. Dari situ kami jalan kaki ke Independence Palace dan War Remnants Museum menggunakan apps Google Maps.

Harga tiket Independence Palace: VND 40,000 (RM8) /pax

Harga tiket War Remnants Museum: VND 20,000 (RM4) /pax

Hajat nak ke Musulman Mosque dan Maybank Ho Chi Minh (bajet nak jupe kawan-kawan Maybanker sana) tak kesampaian huhuhu.

c) Last minute shopping di kedai-kedai di Malaysian Street. Tapau nasi goreng seafood di dari Restoran Ay Sah untuk makan di airport nanti.

d) Check-out hotel pada pukul 12.30 tengahari (patut pukul 12.00 tengahari tapi kami minta extend sikit masa, untuk kemas dan solat).

Please take note:
Di airport HCM tiada surau. Samada kalian solat di hotel atau singgah di masjid di HCM. Melainkan kalian tak kisah solat di sudut-sudut di airport.

Kami naik Grab ke airport. Boleh saja naik bas 152 ke sana tapi sebab barang berat maka kami naik Grab saja.

e) Naik flight dan sampai di KL pada pukul 7.00 malam.

Kami berjaya shopping tanpa beli baggage yeayyyyy! Tapi jenuh jugalah bawa barang atas bahu dengan beg Deuter.

f) Naik Grab balik ke Kinrara.

Bajet (termasuk yang VND convert ke RM):

Tiket flight = RM661.80 (2 pax, termasuk insuran)

Hotel Than Thu (sebelah hotel Saigon Pink 2), Ben Thanh = RM246 (bilik Queen, 2 malam)

Personal driver (adik ipar kawan) ke KLIA2 = RM50

Sim kad Viettel = RM40 (RM20 x 2 pax)

Bas 152 ke Ben Thanh = RM2 (2 pax)

Trip Cu Chi Tunnel (Bismillah Tours) = RM 100 (RM50/pax)

Trip Mekong River (Bismillah Tours) = RM120 (RM60/pax)

Tiket Independence Palace = RM16 (RM8/pax) 

Tiket War Remnants Museum = RM8 (RM4/pax)

Makan-makan = RM110 (Lunch=Average RM15 x 2 pax x 3 kali + Breakfast = Average RM10 x 2 pax)

Kopi Vietnam Best = RM18 (RM3 x 2 pax x 3 kali)

Kebab Vietnam = RM12 (RM6 x 2 pax)

Grab di HCM = RM35 (5 trip termasuk 1 trip ke airport)

Grab dari KLIA2 ke Kinrara = RM70 (RM65 + tol RM5)

Jumlah besar = RM1,488.80

Jumlah per pax = RM744.40

Not bad untuk trip adhoc, huh? Tapi tak masuk personal shopping OK. Pandai-pandailah kita tambah bajet sendiri hoho.

Kalau google, biasanya trip HCM mesti 4 hari 3 malam. Kami buat 3 hari 2 malam sebab kurang cuti.  Alhamdulillah sukses, plus objektif trip kami lebih kepada lawatan sambil belajar. Shopping jadi second objective. Betulkah? Boleh percayakah? 

Tips-tips:

1) Currency yang digunakan

Untuk makan: VND atau RM

Untuk pakej tour Cu Chi Tunnel dan Sungai Mekong: RM

Untuk pengangkutan (bas, teksi dan Grabcar): VND

Untuk shopping: RM

Untuk tips contohnya di tempat makan buah sambil mendengar nyanyian: VND atau RM

2) Memilih hotel

Antara hotel yang dekat dengan shopping spot dan makanan halal: Thanh Thu, Saigon Pink 2 dan Cat Hotel. Masa cari hotel, letak criteria near to Ben Thanh market atau near District 1. Inshaalllah dapat yang dekat dan tak perlu banyak berjalan.

3) Membeli baggage tambahan

Kena firm apa objektif trip samada shopping like mad atau kombinasi antara shopping dan lawatan sambil belajar. Juga kena tengok bajet shopping kita.

Kalau bajet dalam RM2,000 dan hanya beli tudung, telekung dan baju: 2 beg hand luggage 7kg dah cukup (beg galas deuter atau beg tarik 20 inci).

Kalau bajet lebih dari RM2,000: Kira sendirilah. Hahahah. Yang pasti, sila beli awal OK. Pembelian baggage secara last minute akan jadi sangat mahal.

4) Bawa international socket berkaki dua

Beli saja international socket berkaki dua di Mr DIY. Sebaik-baiknya beli yang ada 2 USB port, senang nak charge telefon dan powerbank sekali. 


5) Menawar harga masa shopping

Tanya harga saja dulu. Jangan tawar tanpa membeli. Memang kena maki dengan penjual di sana nanti. Cool saja, jangan nampak desperate sangat OK. 

6) Memilih tour guide

Kalau malas nak naik bas ke Cu Chi Tunnel dan Sungai Mekong, boleh survey pakej di kedai-kedai travel agent di Malaysian Street. Walaupun aku ambil pakej dengan Bismillah Tours, aku tetap cadangkan kalian bandingkan harga untuk lebih jimat.

7) Teksi dan Grabcar

Untuk teksi:
Ambil yang bertulis Vinasun dan Mailinh sahaja OK. Yang pemandunya pakai smart dengan kemeja dan tie. Jangan ambil teksi sapu. Habis duit kita nanti. Huhu.

Untuk Grabcar:
Kalau tak faham mesej yang pemandunya send kepada kita, boleh minta pekerja hotel atau penjual di kedai-kedai terjemahkan.

Aku cuma reply 1 ayat saja:

I am at/ in front of <nama tempat, contohnya Thanh Thu Hotel>.

Lepas itu cuma alert lah dengan kelibat kereta yang sampai, mengikut nombor kereta yang diberikan oleh Grabcar.

Senang, bukan?

Oh, tambang teksi/Grabcar yang dekat-dekat sepatutnya cuma antara VND 21,000 - VND 40,000 (RM4 - RM8).

Tambang Grabcar kami ke airport (balik ke KL) adalah VND 88,000 (RM16).

Kena convert ke RM dan fikir logik tak dengan jarak dan masa. Macam di KL jugalah, kan.

8) Salinan pasport

Masa trip kami, hotel Thanh Thu cuma minta pasport asal untuk verification. Tapi kita stand by lah 2 salinan pasport untuk kecemasan. Macam aku, memang aku sentiasa bawa pasport asal (wajib, sebagai pengenalan diri) dan salinan  sepanjang di sana.

9) Keselamatan; ragut, harga tipu

Jaga beg kita. Jangan dedahkan sangat. Jangan nampak sangat kita berduit.

Untuk harga barang atau servis, jangan cepat sangat bayar. Convert dulu ke RM dan fikir sendiri logik atau tidak. Contohnya, ada orang Malaysia kena caj sampai VND 268,000 (RM50) untuk servis kilatkan kasut. Logikkah?

Mencegah lebih baik, betul?

Download app ini: Malaysia Currency Converter. Terbaik dan simple. Tak perlu print rate untuk rujukan. Masukkan saja nilai samada RM atau VND, tadaaaa... dah siap convert.

10) Makanan halal

Jangan risau tentang makanan halal. Banyak pilihan di Malaysian Street. Cuma kena atau tak saja dengan tekak. Kalau nak yang rasa macam Malaysia, boleh cuba di restoran Ay Sah. Aku tak boleh pergi dengan rasa Vietnamese roll di HCM ini (restoran Halal Amin). Pelik sungguh. Huhu. Mungkin citarasa kalian berbeza dari aku. 

Harga makanan di sini tak murah sangat tau. Sekali makan boleh pergi ke RM20. Jadi, samada kalian masukkan dalam bajet siap-siap sebelum pergi atau kalian masak atau makan maggi. Aku tahu ada orang kita yang berjimat bab makan ini, tapi dah sampai di tempat orang rugilah kalau tak merasa makanan mereka. Betul tak? Apapun, terpulang pada pandangan masing-masing OK.

11) Makanan tambahan seperti Fitbar, biskut dan lain-lain

Trip ke Cu Chi Tunnel dan Sungai Mekong memakan masa yang lama. Wajib bawa makanan tambahan macam Fitbar, biskut dan lain-lain sebagai bekalan OK. Nanti lapar hilang mood susahlah kan.

12) Ubat-ubatan

Ubat-ubatan asas yang perlu dibawa:

- Gastrik/angin/cirit
- Selsema
- Minyak angin/balm
- Panadol Actifast
- Ubat sakit tekak (kualiti air di HCM kurang memuaskan)

Jangan risau, ada farmasi di Malaysian Street. Malah ubatnya sangatlah murah berbanding di Malaysia.

13) Check-in di kaunter luar airport HCM

Jangan lupa check in di kaunter luar di airport HCM walaupun dah buat web check-in. Macam kami, ingatkan dah web check-in kira settle lah. Terus masuk kaunter dalam sampailah ke boarding lounge (lepas pula, tak sangka haha). Sekali nama masing-masing kena panggil di kaunter sebab macam masuk secara haram hohoho. Belajar dari pengalaman kali pertama. Hehe.

Done. Harap post ini membantu kalian yang nak ke HCM.

Peace!