Sebaris komen di laman sosial dan aku merasa begitu rendah dirinya aku berdoa hari ini:
Moga tercapai impian untuk travel seluruh dunia dan juga ketemu jodoh yang kaki travel juga.
Aku banyak kenal dengan prospek-prospek teman hidup, namun semuanya sangkut di tengah jalan. Tapi seperkara yang aku pasti, semakin banyak manusia aku berjumpa, semakin aku tahu apa yang aku mahu. Tak kiralah untuk diri sendiri mahupun untuk bakal jodohku nanti.
Terdesak nak berjodoh? Kurang ajar jika kalian menilai aku atau golongan sepertiku semberono sebegitu.
Kami sudah biasa menyendiri. Sudah biasa menjalani kehidupan seharian, tanpa sesiapa di sisi menemani. Tapi bohong kalau kami katakan yang kami tak perlukan teman meluah rasa, berkongsi cerita dan berlawan bicara tentang isu semasa. Bukankah itu fitrah manusia, seperti yang diciptakanNya?
Apapun, semuanya terletak di tangan Illahi. Kita hanya mampu berdoa seikhlas hati, dan memahami bahawa Allahlah pemilik segala hati dan dialah yang paling mengenali dan memahami kita.
Peace!
No comments:
Post a Comment