Monday, 16 September 2019

Hari Malaysia 2019 dengan Mak Lang dan Korn

Sabtu 15 September 2019, seawal jam 9.15 pagi aku dan mak berkereta ke Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor. Niat kami cuma satu: Reunion dengan Mak Lang dan keluarganya.

Kak Sholin dan Kak Epit tak ada di rumah Mak Lang minggu ini. Cuma ada Mak Lang dan Korn (aku tak pasti samada ejaan aku ini betul). Kami disertai juga oleh Mak Teh, Shila dan Faizal yang berkereta dari Kuala Lumpur.

Saat kami berjumpa dengan Mak Lang, terasa begitu besar sekali hikmah yang Allah sediakan untuknya. Walaupun diuji dengan perceraian dan keadaan Korn yang hiperaktif semasa kecil, Mak Lang tetap kuat dan berjaya menghadapi segala cabaran hidup sebagai ibu tunggal.

Korn pula, masih ada ciri-ciri yang dulu cuma versi yang lebih matang. Lebih tenang, lebih segan aku nak bersembang. Satu sebab dah lama tak jumpa jadi tak pasti topik apa yang sesuai nak disembangkan. Dua, disebabkan dia dah matang ditambah dengan dah lama tak jumpa, dengan sendirinya aku jadi segan nak bertanya itu ini dengan dia.

Apapun, di sebalik segala kekurangan pada Korn, aku yakin dia sebenarnya kuat, baik dan memiliki hati yang bersih.

Kak Sholin dan Kak Epit yang aku kenali adalah dua orang kakak yang sangat matang dan lemah-lembut. Masa aku membesar, bermain dengan Nana, Shila dan juga Korn, kehadiran Kak Sholin dan Kak Epit biasanya akan buat suasana jadi 'cool' sekejap. Cara mereka bercakap juga terasa begitu lain sekali berbanding kami yang masih kanak-kanak. Mereka juga sangat cantik di mata aku. Tak kelihatan langsung bahawa mereka sebenarnya diuji dengan sangat hebat semasa membesar.

Dua malam di rumah Mak Lang terasa begitu sekejap, tak puas kami bercerita dan mengimbas kenangan-kenangan lama. Semoga Mak Lang, Korn, Kak Sholin dan Kak Epit dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Semoga kita akan bertemu kembali dan hubungan silaturahim kekal terjalin selamanya.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Nota: Korn, Kak Sholin dan Kak Epit tiada di dalam gambar. Di depan sekali selfie adalah Mak Lang The Iron Lady



1 comment:

  1. As stated by Stanford Medical, It is in fact the ONLY reason this country's women live 10 years more and weigh an average of 42 pounds less than we do.

    (And realistically, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret diet and EVERYTHING about "HOW" they eat.)

    P.S, What I said is "HOW", not "what"...

    TAP on this link to reveal if this quick questionnaire can help you release your real weight loss possibilities

    ReplyDelete

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...