Semakin pandai manusia berhujah di laman sosial, semakin lupa mereka kepada adab sopan. Mereka gagal untuk menerima hakikat yang insan lain juga punya pandangan berbeza. Sudahlah begitu, mereka maki pula dengan segala cerca dan perkataan yang menyakitkan mata dan hati.
Itu belum lagi mereka yang terlalu ghairah menghina bangsanya sendiri. Seingat aku hanya bangsa Melayu yang suka menghina bangsa sendiri. Bangsa lain samada diam saja atau berbangga dengan bangsanya sendiri. Bangsa Melayu kononnya mahu sarkastik supaya bangsanya sedar. Betul, mungkin ada kesan positif darinya. Tapi jikalau bahasa yang digunakan sudah tahap menghiris, akan mengambil masa juga untuk merawat dan berubah.
Yang sebenarnya kita mungkin belum cukup menjenguk kehidupan rata-rata masyarakat kita pada hari ini. Bila kita katakan susah, semua bangsa pun ada yang susah. Bila kita katakan senang, tak semua yang kita lihat itu benar-benar senang. Mungkin hanya lakonan dan pinggangnya penuh dengan hutang piutang.
Kesusahan memang mencengkam. Semalam terbaca betapa meningkatnya kes penderaan bayi akibat tekanan hidup oleh ibu bapa. Seboleh-bolehnya, kita jagalah hubungan dengan keluarga. Jangan biarkan kesempitan hidup menjadikan kita manusia tanpa adab dan kemanusiaan. Ingat semula kenapa kita di sini pada hari ini. Kenapa kita berkahwin(bukan aku)? Kenapa kita mahukan anak(pun bukan aku).
Tak cukup dengan keluarga kita lepaskan di laman sosial pula. Sudah-sudahlah. Sama-sama kita usaha menunaikan tanggungjawab kita. Pemimpin bodoh? Pemimpin bodoh lahir dari pengundi bodoh. Ini fakta. Berubahlah. Jangan asyik menyalahkan orang lain. Hmmmmm.
#postpanjangsebabcuti
No comments:
Post a Comment