Aku baru saja sudah memadam semua akaun di laman sosial kecuali Gmail. Tiada lagi FB dan IG. Esok Inshaallah aku akan tukar nombor telefon pula. Puncanya? Major depression atau tekanan jiwa tahap maksima, akibat dari kekecewaan dengan diri sendiri dan pengalaman hidup.
Kalaulah boleh aku menukar nama sekarang ke nama baru pun aku sanggup. Kalau aku kaya, malam ini juga aku terbang ke luar negara. Tekanan yang aku rasakan ini tak terbendung lagi. Aku harus cuba menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Hanya aku yang tahu puncanya. Nak mengadu pun samada pada Allah atau pada sahabat karib. Aku tak rasa keluarga aku mahu mendengar masalah aku. Apalah sangat masalah perempuan 30an yang masih belum berkahwin, yang luarannya kelihatan sempurna pencapaiannya namun hatinya walang sentiasa.
Aku sudah sampai tahap tak mampu berfikir. Aku hanya biarkan Allah mendorong aku untuk tindakan seterusnya. Sambil makan aku menangis. Nak tidur pun meleleh air mata. Walaupun berkali-kali aku katakan pada diri yang aku kuat dan mampu hadapi semua ini, aku tetap tewas dengan rasa. Kepala aku sakit. Perut aku pedih. Hati aku luka mcm disiat-siat.
Sudahnya aku redha. Aku serahkan kepada masa untuk tentukan keadaan aku. Aku cuba katakan pada diri sendiri: Sabar. Sabar. Sabar.
Jika kalian mengalami masalah sama macam aku, jangan ambil mudah. Cegah sebelum ia menjadi parah. Jangan jadi macam aku. Depression atau tekanan jiwa bukan benda main-main. Kalau perlu bercakap dengan kaunselor, buatlah. Buatlah apa saja yang kalian mampu untuk mengubah keadaan. Selebihnya serahkan kepada Allah. Kerana Allah yang meletakkan kita di jalan begini. Kita sebenarnya kuat, cuma selaku manusia biasa, tak sunyi dari mengeluh dan rasa ingin mengalah.
Semoga kita terus tabah. Semoga luka kita sembuh. Dan semoga kita beroleh bahagia yang kita impikan selama ini. Amin.
No comments:
Post a Comment