Tuesday, 24 July 2018

Keputusan Yang Berat dan Menakutkan

Hari ini aku secara rasminya membuat suatu keputusan yang berat dalam hidup aku. Aku baru saja menghantar surat berhenti kerja kepada majikanku. Selepas hampir 6 tahun menghambakan diri dengan kerja yang bukan hanya memberi banyak ilmu yang berguna tetapi juga menyumbang kepada faktor kenapa aku berhenti kerja. 

Keputusan kali ini berat sebab berikut:

1) Aku berhenti kerja tanpa mendapat kerja baru sebagai pengganti #kamikaze.

2) Aku berhenti kerja dengan komitmen besar iaitu rumah dan beberapa komitmen kecil, termasuk komitmen kepada mak dan ayah aku.

3) Aku berhenti kerja tanpa backup gaji 3 atau 6 bulan yang selalu diperkatakan sebagai jumlah selesa untuk #kamikaze. Cuma berjaya mengurangkan komitmen  paling besar iaitu hutang rumah, melalui pengeluaran bulanan akaun 2 KWSP. 

Tahun 2012, aku berhenti kerja juga tapi dengan kerja baru. Komitmen pada masa itu juga kecil berbanding sekarang. Jujurnya, aku takut juga. Bukan sedikit aku baca pengalaman orang-orang yang #kamikaze macam aku susah mencari kerja baru. Tapi entahlah, kali ini aku memang nekad untuk meninggalkan apa yang aku buat, walau tanpa ada kepastian tentang apa yang aku nak buat. 

Tahun 2018 memang tahun yang penuh cabaran untuk aku. Tapi aku percaya pada ketentuan Allah. Kalau Allah mudahkan aku berhenti kerja, Allah juga pasti tahu apa kisah hidup aku seterusnya. Kerja apa, duit dari mana dan sebagainya. Aku memang perlu memikirkan diri sendiri dulu, sebelum cuba membantu orang lain. Biarlah orang nak cakap apa pun. Aku lebih tahu kenapa aku harus membuat keputusan yang agak gila ini. 

Moga aku murah rezeki dan mampu pula memberi kepada mereka yang lebih memerlukan. Amin.


No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...