Tuesday, 17 July 2018

Aku dan Budak-budak Motor

Sedang memandu, ternampak sesuatu di kanan jalan. Dua budak lelaki muda bersama motor masing-masing. Tapi salah seorang itu, lain macam keadaan motornya.

"Tak boleh jadi ni. Mesti U-turn. Nak tengok apa jadi pada budak-budak tu" getusku dalam hati.

Hmmm. Betul tekaanku. Seorang dari mereka (aku gelarkan Mamat) baru saja kemalangan. Sedang laju di bonggol jalan, tayar motor yang sudah botak bergeser dengan batu-batu kecil di situ. Motor akhirnya terlepas darinya dan jatuh menghempap kakinya. Boleh tahan ngeri juga luka-luka di kakinya.

"Teruk juga luka awak ni Mamat. Jom pergi klinik. Motor tinggal sini" tawarku kepadanya.

"Takpelah kak. Saya dah biasa accident begini. Biasalah jatuh motor. Lagipun IC pun saya tak bawak" balas Mamat, sambil diiyakan oleh kawannya.

"Akak sanggup bawa awak ambil IC. Kita pergi klinik ya. Bukan apa, takut ada sakit di dalam yang kita tak nampak" aku masih mendesak.

"Motor siapa ni? Berapa umur awak? Apa awak buat pagi-pagi ni?" bertalu-talu soalan aku beri.

"Motor ayah saya. Umur saya 15 tahun. Saya dengan kawan saja ronda-ronda ni" balas Mamat ringkas.

15 tahun umurnya. Dah biasa accident. Aku tak puas hati.

"Sekolah lagi tak?" spontan aku bertanya.

"Dah berhenti sekolah, kak. Saya kerja dah. Kerja kontrak".

Masa ini aku dah rasa sebak tapi aku tahan.

Kalau aku lelaki aku paksa juga dia ambil IC dan bawa dia ke klinik. Motor mereka dihidupkan dan dah mula nak beredar. Aku hanya mampu menitipkan sedikit nasihat buat Mamat dan kawannya.

"Bawak motor elok-elok. Jangan asyik tak apa, tak apa. Accident banyak kali pun tak apa. Sayang diri sendiri tu dulu, faham?"

Yang aku tahu, motor mengaum vroommm vrooomm dan aku masuk dalam kereta, menangis dengan hebatnya.

Terasa begitu common sebahagian anak-anak kita tak habis belajar, bekerja dan jadi mat motor yang tak tentu hala tujunya.

Sakit hati aku bila kenangkan impak 'Tak apa' kepada anak-anak kita. Aku rasa mengadoi dia di rumah nanti untuk beberapa hari ini. Yang dirisaukan adalah luka dalaman yang tak nampak sebenarnya.

Begitulah nasib sebahagian anak-anak kita. Tak ada yang peduli pun. Termasuklah aku juga. Huhu. Harapnya Mamat dan kawannya ingat sedikit sebanyak nasihat picisan aku tadi.

Usahalah jenguk-jenguk keadaan orang sekeliling kita. Mana tahu mereka memerlukan pertolongan. Aku pun ingatkan diri sendiri juga. Kadang leka belek laman sosial sambil scroll post-post orang kaya menayang kemewahan dan kebahagiaan. Lupa masih ramai yang perlukan pembelaan dan bantuan.

Peace!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...