Hidup kita ini perlu lebih banyak bersangka baik sesama manusia. Selalu orang katakan fikir yang baik, dapat yang baik. Percayalah, ianya sangat benar dan perlu kita praktikkan setiap masa.
Antara hikmah bersangka baik adalah kita kurang membicarakan hal orang lain. Kita kurang menyibuk hal orang lain dan lebih sibukkan hal sendiri yang belum pasti bagaimana perihalnya.
Jangan pula kita memilih dalam bersangka baik. Usahakan melihat aspek positif dalam semua perkara, dengan semua orang. Tanpa nama yang panjang, jawatan yang dipegang, duit yang disimpan malah mungkin jumlah negara yang kita dah jejak kita hanyalah manusia biasa yang diciptakan dari tanah semata-mata.
Bagaimana jika masih tak boleh 'blah' dengan sesetengah manusia sekeliling?
Itu maksudnya ada sebab kenapa kita memang tak boleh 'blah' dengan mereka. Tak perlu hipokrit, jauhkan saja diri kita dari mereka. Tapi jangan pula kita membawa mulut bercerita akan keburukan mereka. Jaga tepi kain kita saja sudah mencukupi. .
Bagaimana kalau ada manusia yang masih memilih untuk menganiayai kita, walaupun kita tak pernah sekali pun mengusik mereka?
Jika berpeluang, pertahankan diri kita. Jika tidak berpeluang atau keadaan tidak mengizinkan, redha dan teruskan kehidupan macam biasa. Percayalah, keburukan sikap mereka akan terserlah dengan sendiri. Cuma masa yang akan menentukan. Yang penting, kita jangan jadi seperti mereka.
#nasihat
#motivasi
#selfreminder
#love
#kuangsiwaterfall
Saturday, 2 June 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)
Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...
-
APA NAK BUAT SEMASA MEMBELI RUMAH? BUATLAH 7 PERKARA INI:- 1) Buat carian dan 'survey' prospek rumah idaman Ada banyak...
-
Sabtu lepas aku ke klinik di kawasan berdekatan rumah aku. Hari minggu ada doktor sakit puan (aku gelar gynae saja dalam ayat seterusnya). ...
-
Aku ke Ho Chi Minh (HCM) bulan Oktober 2017. Trip adhoc plus nekad aku. Trip redah tanpa saving langsung. Amaran keras: Tak dig...
No comments:
Post a Comment