Buat kalian yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT, pakat-pakatlah singgah di pameran GERABA(K)ATA: Puisi di Jalan Raya di laluan pejalan kaki bawah tanah, stesen LRT Masjid Jamek. Kurator untuk projek ini adalah Projek Dialog, Zikri Rahman dan Allie Hill.
Ada banyak puisi pendek yang menarik untuk tatapan kita semua. Ada yang kelakar, tapi masih penuh dengan mesej. Ada puisi dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Khayal jugalah membaca bait-bait puisi yang ada di sini.
Puisi-puisi di GERABA(K)ATA adalah hasil nukilan Usman Awang, Pyan Habib, A. Samad Said, Muhammad Haji Salleh, Malachi Edwin Vethamani, Siti Zainon Ismail, Marian Wells, T. Alias Taib, Fan Yew Teng, Shirley Geok-Lim, Zurinah Hassan, Nuruddin dan Ee Tiang Hong.
Masa terbaik untuk membaca puisi-puisi ini adalah pada pukul 8.00 malam ke atas pada hari bekerja. Sebab pada masa ini orang dah tak ramai, senang nak membaca puisi dan mengambil gambar. Kalau hari minggu, tak pasti pula. Orang cuti, kan. Bolehlah cuba juga OK.
Oh, sebelum terlupa. Pameran GERABA(K)ATA ini adalah sebahagian daripada projek Art on the Move oleh RapidKL. Boleh ikuti perkembangan pameran-pameran terkini di page FB RapidKL, OK! Tak silap aku, tak lama lagi akan ada projek KUCINGTA MU pula, khas buat penggemar kucing. Tunggu!
Nota kaki:
Tahun ini bajet untuk travel sangat ciput. Maka kita fokus pada benda-benda murah dan percuma.
Next project: Tunggu lanskap di area Hang Tuah siap. Inshaallah nanti sampai aku ke sana. Nampak macam menarik, berwarna-warni.
Peace!
No comments:
Post a Comment