Aku tak pernah merasa kek Hokkaido sebelum ini. Jadi, bila kawan aku Fithrah (Fith) beritahu dia jual kek Hokkaido aku pun teruslah order. Nah, ini review ikhlas aku OK!
1) Proses membuat order
Sebab dah tahu nak order apa dan dah biasa dengan Fith, order jadi sangat smooth lah. Whatsapp saja Fith dengan butiran order, bila nak deliver, lokasi delivery dan harga. Terbaik!
2) Proses delivery oleh seller
Fith sendiri hantar kek, ditemani mak dan ayahnya. Kerlassss kan! Smooth delivery, tak sesat jalan. Haha.
3) Kuantiti dan kualiti produk
Aku jamah sebiji saja sebenarnya, sebab busy dengan meeting. Selebihnya aku beri pada officemate untuk makan. Semua puji keknya sangat cute, dengan bunga kecil. Saiznya just nice untuk dimakan. Bila disusun dalam kotak putih, memang nampak sweet sangat!
Keknya sangat fluffy/gebu dan krimnya pun bursting like heaven bila digigit. Rasa krim tak terlalu manis, jadi tak muaklah bila makan. Nyams!
Harga? Untuk 12 biji pada RM20, sangatlah berbaloi OK! Ditambah dengan kepuasan hati tentang tekstur dan rasa kek, aku boleh cakap it is a not to be missed deal and taste.
Kepada Fith: Jalan terus! Mana tahu suatu hari nanti income dari aktiviti baking jadi double dari gaji bulanan. Kipidap!
FB : Nur Fithrah Samuri
IG : de.safiyah
Kredit gambar: Fithrah dan Weeda (Whatsapp)
No comments:
Post a Comment