Wednesday, 23 August 2017

Kisah 'Pasang Telinga' dengan Kawan

Terpukul dengan kejadian seakan-akan 'kawan makan kawan' yang berlaku siang tadi. Seorang kawan sepejabat (kugelarkan sebagai B) masuk ke dalam bilik bos. Tiba-tiba datang seorang lagi kawan sepejabat (kugelarkan sebagai C) datang kepadaku sambil berbisik:

"Tolong pasang telinga".

Aku faham. Sebab meja kerja aku betul-betul di depan bilik bos. Aku dalam keadaan yang sangat-sangat sesuai untuk 'pasang telinga'.

Yang aku tak faham adalah ini:

Mereka berdua sebenarnya berkawan baik, bersama beberapa orang lagi. Geng makan, geng kerja, geng whatsapp, geng FB.

Aku? Aku adalah orang luar bagi geng mereka. Menyuruh aku 'pasang telinga' dengan hal kawan baik sendiri itu bagi aku agak sukar diterima.

Petang sedikit aku ditebak dengan soalan follow up:

"Apa status 'pasang telinga' awak?"

Aku menjawab ringkas:

"Business as usual. Nothing fancy".

Ada atau tiada gosip panas, itulah saja jawapan aku.

Maaf, aku punya prinsip hebat tentang menjaga kerahsiaan sahabat. Walau sahabat ini berkata tentang sahabat itu, takkan sesekali aku mudah menyampaikan. Malah mungkin saja aura kerahsiaanku ini menyerlah, hingga ramai yang bercerita kepadaku tentang apa sahaja. Pecahlah perutku, mulut aku tetap bisu dari bercerita.

Fikir sebelum berkata-kata. Fikir sebelum menyebarkan cerita. Fikir akan nasib dia yang menjadi mangsa. Fikir jika itu adalah kita. Kita semua tak sempurna. Itu bukan alasan menganiaya atau membuat angkara.

Semoga kita dijauhkan dari hasad dengki dan seumpama dengannya. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...