Friday, 13 October 2017

Hakikat duit

Aku sakit bulan ini. Bukan sakit badan. Sakit duit. Betul-betul sakit. Sampaikan sanggup puasa, sanggup jimat kos makanan dan sanggup duduk rumah pada hujung minggu. Setiap hari aku buat kira-kira cukup ke tidak duit aku sampai hari gaji nanti.

Untuk 'up' duit, aku claim 'overtime'. Tp 15 hari bulan nanti baru dapat. Malam tadi aku keluarkan semua duit dari akaun yang tinggal sedikit. Sedih rasanya. Tapi dah bajet memang cukup sampai minggu depan.

Pagi ini adik aku mesej ada kecemasan nak pinjam duit. Jumlah yang hampir sama dengan duit yang aku ada. Tapi aku kena korek sikit tabung duit seringgit-seringgit aku. Kejap lagi adikku datang ambil duit itu. Janjinya akan pulangkan semula secepat mungkin.

Itulah hakikat duit yang sebenar. Bukan untuk dibawa mati. Bukan untuk ditayang kepada khalayak. Hanya rezeki dari Allah, yang bukan semuanya milik kita. Hari ini hari kita, hari esok hari orang lain pula. Semuanya mengajar kita untuk percayakan ketentuan Allah.

Aku dalam misi membina empayar rezeki sendiri Inshaallah. Doakan yang baik-baik saja OK.

Peace!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...