Jumaat lepas aku sempat singgah di pameran KucingTa Mu di LRT Masjid Jamek. KucingTa Mu menghimpunkan gambar-gambar kucing yang dikirim oleh pemilik-pemilik kucing. Kiriman berbayar OK! Lain saiz gambar, lain harganya. Tapi tujuannya sangat baik, iaitu mengumpul dana untuk kebajikan kucing dan anjing terbiar.
Aku di sana selama lebih kurang 20 minit. Hilang stress dan tension melihat wajah-wajah comel kucing-kucing itu. Sempat bertegur sapa dengan salah seorang pengirim gambar kucing di situ, seorang Chinese lady yang comel. Teruja dia menunjukkan gambar kucing-kucingnya kepadaku.
Aku memang puji inisiatif RapidKL sebegini. Kreatif dan engaging. Setakat ini sudah dua kali aku ke sini untuk menikmati hasil karya kreatif orang kita, secara percuma OK! Harap RapidKL dapat meneruskan agenda mereka. Kalau lepas ini pameran anjing pun aku sanggup pergi. Sebab anjing pun ada sisi comel mereka tersendiri. Betul tak?
Singgahlah, syiok woooo!
No comments:
Post a Comment