Monday, 23 October 2017

Hidup Kita Dah Ditentukan: Sungguh! Tak Tipu!

Pernah tak kalian terfikir yang hidup kita ini dah ditentukan? I mean 100% ditentukan. Ditentukan oleh siapa? Pastilah oleh pencipta kita, yakni Allah SWT.

Masa sibuk mencari kerja lepas belajar dulu, aku difahamkan sesetengah majikan bertanyakan soalan ini kepada calon-calon pekerja:

Apakah matlamat hidup anda?

Atau soalan begini:

Dalam lima tahun lagi, siapakah anda?

Serius, sampai sekarang aku tak ada jawapan untuk soalan sebegitu. Bagus juga sebab belum pernah lagi aku ditanya soalan begitu. Kalau tidak habislah aku. Confirm fail. Huhu.

Hidup aku tak pernah ada perancangan jangka panjang. Paling panjang pun 3 bulan saja agaknya. Selebihnya adhoc semata-mata. Tapi yang aku boleh confirm, apa yang pernah terdetik di hati, walaupun aku benci, biasanya pasti terjadi. Cuma masanya saja belum tahu.

Dari pembenci gila-gila subjek matematik dan akaun, aku kini akauntan level macai.

Dari impian menjadi wartawan, aku kini rupawan. Bukan. Hartawan. Bukan juga. Yang pasti aku perempuan. Ngee.

Dari pembaca Oh Bulan! tegar (kaki gosip artis), aku kini kurang bergosip. Hidup bebas tanpa pedulikan hal orang lain. Diamlah. Kau apa tahu. Ingat senang nak buang amalan bergosip? Huhu.

Dari pengejek golongan lambat kahwin (zaman aku budak hingusan), aku kini belum berkahwin walau dah berumur 30 an. Hidup harus diteruskan, janji usaha tak menyusahkan orang lain. Betul?

Dari die hard fans Bercinta Selepas Nikah, aku couple jugalah sekejap dalam setahun. Dengan anak ikan muda 7 tahun beb! Dia sayang kucing, macam aku juga. Meowww.Tapi tak ada jodoh. Desperate kah aku? Entahlah. Pengalaman, kan?

Dari pemakan gaji tegar, aku kini setapak demi setapak cuba mencipta gaji sendiri. Tanpa dirancang, segala kejadian menjurus kepada hasrat hati aku yang lama terpendam: Cari duit sendiri dengan cara sendiri, masa sendiri. Inshaallah.

Siapa aku di masa depan?

Entah. Allah jualah yang Maha Mengetahui. Aku tak ada pelan bertulis untuk hidup. Jalan terus saja! Ada peluang aku redah. Tak ada rezeki aku cuba cara lain. Tak perlu takut, Allah ada untuk kita.

Peace!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...