Friday, 19 February 2016

Pagi penuh emosi

Kad Touch n Go aku dah hampir kehabisan nilai. Sejak tambang naik, jangka hayat nilai kad menyusut dengan cepat sekali. Aku pergi ke kaunter tapi kecewa sebab Touch n Go 'offline'.

Pergi ke mesin tetapi hati rasa panas sebab harga cip tiket lebih mahal berbanding harga Touch n Go sebanyak RM0.40.

"Adakah mereka sengaja meng'offline'kan servis Touch n Go? RM0.40 darab 100,000 pelanggan sehari sudah dapat RM40,000 tambahan hasil".

Aku tak rela membayar harga RM3.70 berbanding harga biasa RM3.30. Tapi aku terpaksa.

Dalam LRT yang seperti tin sardin, seorang makcik sedang memarahi seorang lelaki. Puncanya, lelaki itu tidak mampu memberikan ruang untuk makcik itu masuk ke dalam tren. Kami semua sudah saling berhimpitan dengan muka kelat. Tak faham kenapa makcik itu tergamak menjerit di depan muka lelaki itu.

Penumpang lain hanya menggeleng kepala. Aku berdiri sebelah makcik itu. Kalau dia buat perangai lagi aku dah tahu apa nak jawab. Alhamdulillah makcik itu senyum kepadaku.

Kalaulah kami setaraf menteri. Ada 'bodyguard', ada 'escort', untung bukan? Pasti pagi kami tak emosi begini. Pasti kami sampai awal ke tempat kerja kami. Pasti senyum kami melebar sepanjang masa.

Senyum dalam paksa. Dilema rakyat biasa.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...