Monday, 8 February 2016

Masih bujang pada umur 30an? Bersyukurlah

Aku mengaku, aku sedang berkawan dengan seseorang. Bila aku cakap kawan maksudnya aku 50:50. Tak pasti nak cakap bercinta atau tidak. Aku pun tak pernah tahu bagaimana rasanya bercinta. Jatuh cinta memang ada. Sakit sebab cinta ditolak itu biasa.

Tapi bila bercakap tentang kawan rapat aku yang majoritinya bujang dan hampir 24 jam berhubung, aku 100% pasti, merekalah yang aku mahukan berada di sisi selamanya. Kenapa? Biar aku jelaskan.

Kami semua berumur awal 30an. Bukan tak ada impian nak berkahwin sewaktu umur 20an, tapi takdir Allah menentukan kami membujang hingga kini. Selain itu, kami mempunyai minat yang sama: shopping dan melancong. Tipikal? Who cares hahahaha. Selagi aku gembira dengan mereka aku tak peduli apa pandangan orang. Aku rasa kalian pun begitu juga. Allah telah menentukan kami bersahabat so be it.

Membujang yang lama sebenarnya banyak buat kita berfikir. Banyak soalan yang kita mahukan jawapannya. Kita banyak mencari makna dalam hidup. Solusinya? Bergantung kepada setiap individu. Ada kawan aku yang sepanjang tahun melancong. Ada yang habis duitnya membeli-belah setiap bulan. Aku pula suka menulis, volunteering dan pergi ke seminar-seminar.

Sebenarnya kalau kita sibuk meluangkan masa untuk aktiviti berfaedah, takkan timbul isu forever alone. Kita tak pernah seorang. Allah ada, bukan? Tapi aku tak nafikan sesekali rasa sunyi itu menyapa. Naluri manusia memang inginkan teman susah senang setiap masa. Sabarlah.

Orang selalu nasihat supaya doa banyak-banyak. Jujurnya, aku sekarang doa yang umum saja. Sebab aku tak mahu fokus pada jodoh semata-mata. Ada banyak lagi nikmat yang Allah beri selain jodoh. Kawan-kawan aku antaranya, selain ibu bapa yang masih sihat. Alhamdulillah.

Syukur, aku punya kawan-kawan yang sudi menceriakan hari aku. Boleh menasihatkan aku. Ada masa kami bergaduh juga. Gaduh-gaduh manja. Itulah sahabat. Mengingatkan dan sudi menerima kita seadanya.

Semoga persahabatan kami berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Semoga perkenalanku dengannya membawa makna berbeza dari biasa. Menerima seadanya dan berusaha memperbaiki kekurangan bersama-sama. Amin.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...