Dah beberapa hari tangan aku gatal nak menulis tentang topik Anak Dara Emas (ADE) ini. Disebabkan aku pun sudah menginjak usia 30an, bekerja dan masih bujang maka isu ini sebenarnya dekat sangat dengan aku. Hehe.
Straight to the point.
1) Berhenti menilai
Jangan kerana anda kahwin awal dan bahagia, anda menilai ADE setaraf sampah. Bila bab ekonomi, cukai tak pula anda kecohkan. ADE sudah menyumbang kepada negara. Itu fakta. ADE bukan saja-saja tak mahu berkeluarga. Pasti ada sebabnya.
2) Langit tak selalunya cerah
Hari ini anda bahagia berkeluarga. Esok tak siapa yang tahu. Begitu juga ADE. Ada masa di atas, ada hari di bawah. Pada akhirnya semuanya sama, diuji dengan cara berbeza.
3) Naluri yang sama
ADE bukan tak mahu kahwin. Samada mereka tidak biasa bercinta lalu berkahwin atau mereka sudah terlalu biasa bercinta dan dikhianati. ADE juga mahukan anak, cuma belum berkesampaian. Dari duduk diam menunggu, lebih baik mereka membuat perkara yang lebih produktif seperti bekerja, melanjutkan pelajaran dan lain-lain.
4) Kurang nilai kepimpinan dalam lelaki
Tolong aku sekali ini sahaja. Tolong jangan menafikan yang lelaki kini kurang sikap kepimpinan. Sebahagian lelaki lebih mementingkan diri sendiri dan ego. Gagal menerima hakikat yang perempuan juga sudah semakin maju, namun masih perlukan pimpinan. Gagal menjadi teladan. Terlalu banyak isu peribadi yang entah apa-apa. Banyak clash dengan perempuan dalam segenap isu. Sudahnya masing-masing lebih selesa menyendiri.
5) Bukan memilih dan cerewet
Sebahagian ADE bukan cerewet secara semulajadi. Banyak yang boleh dikompromi. Tapi terlalu banyak bukti yang menunjukkan lebih banyak berkompromi, lebih banyak lelaki mengambil kesempatan. Sebab sebahagian lelaki kurang jati diri. Tak malu dilihat ditanggung perempuan sampai mati. Nak kahwin pun tak kisah pakai loan. Sudahnya perempuan juga yang makan hati. Baiklah ADE mengelak saja dari awal. Betul tak?
Dah habis zaman meratap dengan nasib diri yang belum berumahtangga. Membazir air mata. Lebih baik pandang ke depan dan cari cara untuk meningkatkan ilmu duniawi dan ukhrawi. Lebih baik cari masa untuk lebih berbakti kepada ibu ayah. Lebih baik muhasabah diri atas segala khilaf dan cuba perbaiki apa yang patut.
Semakin menginjak umur, siapa pun boleh masuk dan keluar dari hidup aku pada bila-bila masa. Terpulang. Tiada yang memaksa. Malah aku lebih matang dalam menghadapi konflik-konflik hidup.
Alhamdulillah a'la kulli hal. Wallahua'lam.
Mungkin Allah dah,tetapkan adik akan,dapat jodoh terbaik. Akan tetapi ketemui lagi. Tawakal
ReplyDelete