Friday, 19 August 2016

Nasihat buat perempuan

Kali ini aku ingin menulis tentang nasihat.
Nasihat apa?

Nasihat dari perempuan kepada perempuan. Errr..mungkin lebih kepada nasihat dari perempuan lebih berumur kepada perempuan lebih muda. 😅😅😅

Umur aku 32 tahun sekarang. Aku tak sensitif tentang umur sebenarnya. Aku akan dedahkan saja umur aku jika ditanya.

Baiklah. Straight to the point.

1) Jangan malu mengaku lemah

Adakalanya kita rasa tak kuat untuk meneruskan kehidupan. Rasa down. Rasa bodoh. Rasa hodoh. Rasa hina.

Tak ada masalah. Teruskan dengan rasa-rasa itu. Syaratnya mesti beri satu tempoh untuk kita bangkit kembali contohnya 3 hari. Lepas itu teruskan kehidupan macam biasa.

Jangan sesekali melawan arus. Kita memang lemah, sebab kita hanyalah ciptaan Allah. Di sisi Allah kita ini sama, tiada beza. Cuma ingat, di sebalik setiap kekecewaan dan kesedihan, PASTI ada kegembiraan menyusul. Aku bercakap dari pengalaman sendiri. Kuncinya? Sabar. Sabar. Sabar.

2) Jangan takut menjadi pelik

Sesetengah dari kita mungkin dipandang pelik oleh orang lain. Puncanya? Mungkin kita suka buat semua benda seorang diri. Atau kita suka bercakap dengan diri sendiri. Mungkin juga kita sukakan sesuatu yang semua orang di sekeliling kita tak suka.

Jangan risau. Teruskan menjadi diri sendiri. Kejar apa yang kita hajati. Syaratnya? Jangan mengetepikan hakikat bahawa ada masa memang kita perlukan pertolongan. Kita bukan robot, bukan manusia sempurna.

No man is an island. Hargai diri sendiri serentak dengan penghargaan kita kepada keluarga dan kawan-kawan rapat kita.

3) Hidup bukan perlu sentiasa dirancang

Orang perfectionist selalu kecewa bila usaha mereka kurang berhasil. Mereka selalu rasa hanya diri mereka menentukan segala-galanya. Bagi kita yang percayakan kekuasaan Allah, ada ketika hidup ini berjalan dengan sendiri sebenarnya.

Yang dirancang tak menjadi, yang ad hoc pula serba menjadi. Biasa dengar, bukan? Maka bertenanglah. Jangan risau sangat dengan hasil. Janji kita usaha. Inshaallah hidup kita lebih mudah nanti.

4) Jaga apa yang ada di dalam poket kita

Apa yang kita ada sekarang sebenarnya sesuai dengan diri kita. Contoh kita mahukan duit jutaan ringgit macam Dato' yang biasa keluar di kaca TV dan media sosial. Bersediakah kita untuk berkorban masa, tenaga malah wang modal seperti Dato' tersebut? Tanyalah Dato' itu. Jawapannya pasti begini: Bukan mudah mencapai tahap sekarang. Banyak kesusahan yang perlu dihadapi.

Sebahagian kita begitu ingin berkahwin tapi belum juga berpeluang. Soalnya, bersediakah kita untuk menjaga hati suami, mertua dan ipar duai? Bersediakah kita bersengkang mata menjaga anak-anak kelak? Jika ditakdirkan susah untuk mengandung, kalis sedihkah kita dengan soalan-soalan cepumas orang ramai tentang anak?

Ingat, soalan bila mahu kahwin hanya mati di situ. Soalan tentang anak berlarutan seperti bila mahu beranak, bila mahu tambah anak, berapa A anak dapat, bila anak nak kahwin dan sebagainya.

Maka lihatlah apa yang kita ada sekarang. Ianya sudah bagus untuk diri kita. Perlahan-lahan usaha untuk memperbaiki diri dan mencapai tahap yang lebih tinggi.

5) Jagalah kehormatan kita

Aku bukan orang alim. Malah aku banyak sangat dosa. Terus terang aku cakap sangat-sangat susah untuk menjadi perempuan baik sekarang. Macam-macam dugaan datang. Rakan sebaya ajak enjoy, konflik keluarga, boyfriend ajak dating selalu, kucing kesayangan mati, bos maki kita, segala-galanyalah.

Habis, lelaki tak ada masalahkah?

Ada. Tapi perempuan menghadapi masalah dengan cara yang berbeza berbanding lelaki. Perempuan menggunakan EMOSI.

Sewaras mana pun perempuan, dia tetap dipengaruhi emosi. Samada dia berjaya mengawal emosi itu atau tidak.

Apa kaitan emosi dengan menjaga kehormatan sebenarnya? Keliru pula.

Bila diasak dengan emosi tak kira gembira, sedih, marah malah terlalu cinta: Fikir sejenak KESAN atau AKIBATnya.

Contoh mudah bila kita sedang asyik bercinta, adakalanya boyfriend kita mengajak kita membuat perkara yang di luar batas agama. Jika kita mampu, elaklah. Jika masih tewas, paling teruk pun TOLONGLAH! Tolonglah jaga dara atau keperawanan kita. Bacalah tentang ilmu seksual dan reproduktif perempuan dan lelaki. Gabungkan dengan benteng ilmu agama. Inshaallah kita tahu menilai yang mana lelaki spesis kaca dan permata.

Ingat, jika termengandung belum tentu teman tersayang mahu bertanggungjawab. Aku yakin. Hanya 1 dalam 1,000 lelaki sanggup bertanggungjawab dan memilih untuk bernikah segera. Tiada makna lagi kata-kata cinta sayang masa ini. Belum lagi dimarahi ibu ayah dan dipandang serong oleh masyarakat.

Jika termengandung juga? Bertenang. Jangan menambah dosa dengan membuang kandungan itu. Dapatkan bantuan dari NGO-NGO atau individu yang sudi membantu. Bertaubat dan teruskan kehidupan. Allah tahu jerih payah setiap hambaNya. Inshaallah ada hikmah di atas setiap kejadian.

Aku bukan menggalakkan couple, seks dan mengandung luar nikah OK. Benda hakikat kita tak boleh buat tidak nampak. Tak guna mahu menuding jari kepada sesiapa.

Ingatlah wahai perempuan. Lelaki yang sayangkan kita akan ringan untuk bertemu keluarga kita dan akan berusaha ke tahap seterusnya iaitu berkahwin.

Panjang berjela nasihat tentang kehormatan. Harap kalian faham. Hormat diri sendiri, hormat orang lain Inshaallah kita juga dihormati.

6) Jangan putus connection dengan Allah

Sekali lagi, aku bukan alim. Solat pun setakat wajib. Yang sunat ikut mood. Tapi aku tetap percaya connection dengan Allah itu sangat penting. Banyakkan bercakap dan mengadu dengan Allah. Allah bukan macam manusia, yang adakalanya tak lapang untuk mendengar masalah kita. Allah sentiasa ada. Allah tak boleh dilihat tapi kita percaya, dekat dengan kita sentiasa.

7) Belajar mendoakan semua orang yang kita temui setiap hari

Ini sebenarnya Ustaz Don yang ajar. Tapi aku dah buat dan akui, memang sangat-sangat bagus. Sebab mendidik kita untuk bersangka baik dan mengasihi orang lain. Kita juga akan lebih prihatin dengan nasib orang lain.

Contoh nampak peminta sedekah, kita doakan semoga dia murah rezeki. Nampak makcik cleaner, kita doakan mudah untuk dia mencuci tandas. Nampak orang buat jahat, kita doakan dia bukan saja dibalas oleh Allah sebagai pengajaran malah supaya dia berubah menjadi orang baik.

Mula-mula agak susah. Cuba dahulu. Inshaallah jiwa kita lebih tenang.

Cukup dahulu. Semoga bermanfaat. Perempuan boleh samada maju atau jatuh bukan sebab lelaki, tetapi sebab perempuan juga. Sama-samalah kita menasihati sesama kita. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...