Tuesday 30 May 2017

Ramadhan 2017 dan memori Seri Petaling

Tahun lepas, aku lost sepanjang Ramadhan. Ramadhan tahun lepas juga aku lost dalam dunia lain dengan seseorang. Jadi, aku dah nekad: Ramadhan tahun ini harus lebih baik dari tahun lepas. Harus!

Sebulan sebelumnya, aku dah plan baikk punya:

Telekung baru dua pasang: Beli dari seller dari Maybank.

Terawih semampu mungkin: Balik rumah mak di Seri Petaling dan terawih di surau Seri Petaling.

Mengaji semampu mungkin: Baca sikit-sikit setiap hari. No specific target, janji baca.

Masuk hari kelima puasa, Alhamdulillah I'm feeling good. Bila di surau, jiran-jiran teruja melihat aku.

"Dah lama tak jumpa Kak Long. Last jumpa masa di hospital,  Kak Long operate kaki dulu".

Wow. Memang lama. Aku rasa macam filem Sweet Home Alabama pula. Haha.

Sejak aku masuk ke sekolah menengah berasrama, aku memang lost contact dengan kawan-kawan sekolah rendah. Seri Petaling juga dah terlalu berlainan sekarang. Paling aku sedih adalah banyaknya jalan yang ditutup dari akses awam, disebabkan faktor keselamatan. Maknanya hanya orang yang tinggal di situ boleh keluar masuk dengan mudah.

Aku rasa macam di zon perang. Rumah makin besar dan cantik, tapi hidup makin tak selamat. Dulu aku dan kawan-kawan selamba saja berlari-lari di jalan-jalan itu. Selamba berjalan kaki pergi ke rumah kawan-kawan. Kami bebas bermain, syaratnya beritahu ibu bapa dahulu dan patuh dengan masa untuk habis bermain dan pulang ke rumah.

Ironi. Wang boleh beli keselamatan (pondok sekuriti dan CCTV) tapi tidak boleh beli ketenangan. Anak-anak terpaksa dikawal 24 jam. Kalau di rumah-rumah flat, anak-anak bebas berlari tanpa halangan. Tapi itu dikatakan bebas melampau hingga anak menjadi liar. Pokok pangkalnya adalah didikan dari rumah. Kuat iman, kuat jati diri dan rasa self esteem yang tinggi, Inshaallah anak-anak tak hanyut.

Apapun Seri Petaling tetap menjadi  tempat yang paling dekat dengan aku. Bagaimana mak dan ayah dahulunya mengenalkan kami dengan padang permainan, jalan-jalan, kedai-kedai, jiran-jiran dan surau.

Keluarga pakcik Wahab dan arwah auntie Laila/Umi Wati, Uncle Zack dan Auntie Razidah,  Uncle Usop dan makcik Ruby, Uncle Rahman dan Cikgu Jamilah. Keluarga Uncle Khairuddin dan Cikgu Halimah. Jiran sebelah rumah, Mr Lim dan keluarga.

Pakcik Zali dan makcik Asmah, Pakcik Jusoh dan Makcik Ju, Arwah Pakcik Alias dan Makcik Sarah. Kawan-kawan sekolah rendah seperti Azalea, Nik Mohd Azran, Yong Sher Li, Linda Pang (kalau tak silap), Tan Kien Teong, Lee Jer Rald, Low Boon Seng, Rohaizad, Saufi, Zulkhairi, Nurli, Andrew Lim Soon Huat.

Cikgu-cikgu sekolah rendah seperti Cikgu Muhammad, Cikgu Bakar, Ms Pang, Ms Tan, Cikgu Onn, Ustaz Shahrir, Cikgu Rosli, Cikgu Aziz.

Sungguh, wang ringgit tak mampu beli segala kenangan pahit manis sebegini. Aku abadikan semuanya dalam post begini. Mudah-mudahan ada hikmahnya.

Peace!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...