Pagi Isnin sekitar pukul 11.15 pagi, ayah menitipkan mesej bahawa pakcik kesayanganku, Pak Ngah akhirnya pergi menghadap Illahi. Usai siap sedikit baki kerja di pejabat, aku bergegas pulang. Jenazah Pak Ngah akan dikebumikan di kampung kami di Masjid Tanah, Melaka.
Sampai di Melaka, aku menatap tubuh Pak Ngah yang bertutup kemas. Masih segar saat nurse di HUKM bertanya samada aku ini anak Pak Ngah, lantas kami sama-sama gelak. Pak Ngah masih kuat masa itu. Aku pula kadang-kadang datang seorang diri melawat Pak Ngah. Kami borak berjam-jam lamanya.
Pak Ngah telah menjadi antara sumber kekuatan aku masa year end closing baru-baru ini. Pak Ngah kata stress bekerja itu ada di mana-mana. Kalau tak tahan pergi saja tempat lain. Pak Ngah siap bercerita dengan aku, pengalamannya stress bekerja dulu-dulu. Malah dari aku kecil Pak Ngah sentiasa memberi nasihat untuk kami anak-anak buahnya.
Allah, aku rindu sangat senyuman Pak Ngah. Rindu nasihat Pak Ngah. Rindu mendengar kisah Pak Ngah dan kucing-kucingnya. Rindu dengan pandangan Pak Ngah yang penuh kasih kepada anak-anak buahnya. Aku mahu menulis lebih panjang lagi tentang dirimu, Pak Ngah. Tapi biarlah semuanya kekal dalam ingatanku. Semoga Pak Ngah aku ini tenang di bawah perlindungan Allah. Sampai masa kita berjumpa lagi OK!
Al-Fatihah buat Pak Ngah.
-Kak Long-
No comments:
Post a Comment