Kepada kalian yang ada blog, tolonglah update post-post kalian. Tak kisahlah samada untuk perkongsian peribadi atau bisnes.
Blog ini kelebihannya adalah permanent. Kalau kalian post di FB, Instagram atau Twitter, sekejap saja post kalian akan lalu di newsfeed friends atau followers kalian. Blog pula, setiap kali ada orang search di internet, Inshaallah keluar hasil carian dari post di blog kalian.
Untuk kalian yang berbisnes online atau bekerja freelance, jangan abaikan kepentingan blog OK. Post di blog bertahun-tahun tahan. Tak macam post di FB dan lain-lain.
* Post permanent bertahun-tahun - Blog
* Post engangement dan feedback pantas (boleh link dengan post di blog) - FB, Instagram, Twitter dan lain-lain
Blog is not yet outdated.
Apapun objektif post kita, pasti ada gunanya untuk insan-insan yang memerlukan.
Aku kongsikan blog post aku yang dapat hampir 18,000 views. Kalau di page-page, boleh tahan juga viral kalau dapat 18,000 Likes kahkah.
Asalnya cuma post peribadi berkongsi tips beli rumah subsale saja. Alhamdulillah ramai yang boleh dapat manfaat. Malah aku pernah jumpa post-post ejen hartanah yang copy paste isi blog aku. Tak mengapalah, janji berguna buat mereka.
Sharing is caring OK.
Peace!
Thursday, 31 May 2018
Monday, 14 May 2018
Bila Bahagiamu Bererti Duka Bagiku
Dalam hidup ini kita kena berlapang dada dan bahagia melihat orang lain bahagia. Kalau tiba satu saat kita rasa benci atau cemburu melihat orang bahagia, rehatlah sekejap. Hentikan melihat kebahagiaan yang terlalu banyak. Rawatlah hati kita dahulu.
Tanya diri kita apa yang kita nak dalam hidup. Jumpa kawan baru, buat benda baru supaya minda kita segar dan lebih positif. Inshaallah kita akan lebih OK dan gembira melihat orang lain bahagia.
Mencintai tak mesti memiliki.
Memiliki tak mesti kekal abadi.
Semuanya cuma sementara OK.
Tuesday, 8 May 2018
Trip Luang Prabang 4 Hari 3 Malam
Sa Bai Dee (Hello)!
Sharing trip kami ke Luang Prabang, Laos pada 4/5/2018 - 7/5/2018 (4 hari 3 malam).
1) Itinerari
• Hari 1 (4/5/2018):
- Touch down di airport Luang Prabang
- Check-in Apple2 Guesthouse (GH)
- Jalan-jalan di night market
- Dinner di Nisha Restaurant (Menu India Muslim)
- Balik ke GH
- Touch down di airport Luang Prabang
- Check-in Apple2 Guesthouse (GH)
- Jalan-jalan di night market
- Dinner di Nisha Restaurant (Menu India Muslim)
- Balik ke GH
• Hari 2 (5/5/2018):
- Breakfast di Joma Bakery
- Jalan kaki sekitar pekan Luang Prabang:
*Morning market (sama lokasi dengan Night Market)
*National Library
*Wat Mai Suwannapumaham (Kuil Buddha)
*Royal Palace
*Bamboo Bridge
- Lunch di Wat That Restaurant (Menu nasi putih, tom yam dan lain-lain masakan pantai timur/Malaysia).
- Rehat sebentar di GH.
- Naik Mount Phousi. Bergambar sakan di puncak sambil tengok sunset yang berlaku pada lebih kurang pukul 6.36 petang.
- Dinner di Chennai Restaurant (Menu India Muslim). Chennai Restaurant agak best sebab terletak di tepi sungai Mekong. Cantik juga view di sini.
-Balik ke GH.

• Hari 3 (6/5/2018):
- Sarapan di GH
- Naik motor sewa ke Kuang Si Waterfall.
- Singgah makan aiskrim susu kerbau (on the way balik ke GH). Ada pelbagai perisa macam coklat, karamel dan kelapa.
- Singgah bergambar di tempat demonstrasi menanam dan memproses padi menjadi beras, The Living Land Farm (juga on the way balik ke GH). Sebenarnya tak boleh main terjah macam kami, tau. Kena arrange dengan hotel/GH atau tour agen.
- Lepak Joma Bakery. Dah cuba tengok bakery lain tapi tak best macam Joma Bakery hehe.
- Rehat sebentar di GH.
- Pusing pekan Luang Prabang dengan motor.
- Lepak di Chennai Restaurant. Yang perempuan pergi massage 1 jam.
- Lepas dinner, balik ke GH.

• Hari 4 (7/5/2018):
- Keluar ke jalan besar seawal 5.30 pagi untuk melihat Alms Giving Ceremony.
- Jalan-jalan awal pagi di kawasan sekitar GH. Singgah minum kopi Laos (Lao Coffee) di salah sebuah gerai di kawasan sungai Mekong.
- Rehat di GH. Check-out pada pukul 11.00 pagi.
- Lepak di Joma Bakery, sementara menunggu teksi van yang sepatutnya membawa kami ke airport pada pukul 1.00 petang.
- Gerak ke airport. Flight depart ke KLIA2 pada pukul 4.00 petang (waktu Laos). Tiba di KLIA2 pada pukul 7.50 malam (waktu Malaysia).

2) Bajet kasar (Seorang)
•Tiket flight: RM160 (Tiket return + 1 meal (masa balik) + Insuran)
•Guest house: RM114 (RM38 x 3 malam). Rate 1 malam / 1 bilik plus charges/tax=RM76
•Simkad Unitel: 4 day=USD5 (RM20)
•Teksi van dari airport ke Guesthouse: 80,000 Kip (RM40) /4 orang = RM10
•Air buah (night market): 10,000 Kip (RM5)
•Lunch/Dinner: Antara 20,000 Kip - 30,000 Kip sekali makan. Bajet kasar 30,000 Kip x 5 kali = 150,000 Kip (RM75)
•Joma Bakery: Antara 20,000 Kip - 30,000 Kip sekali lepak. Bajet kasar 30,000 Kip x 3 kali = 90,000 Kip (RM45)
•Bamboo Bridge: 5,000 Kip (RM2.50)
•Mount Phousi: 20,000 Kip (RM10)
• Cenderahati untuk officemate: 4,000 Kip x 40 pieces=160,000 Kip (RM80)
• Fridge magnet: 10,000 Kip × 4 pieces= 40,000 Kip (RM20)
•Sewa motor: 200,000 Kip untuk 2 motor (/ 4 orang = 50,000 Kip (RM25)
•Minyak motor: 30,000 Kip (RM15)
•Tayar pancit: 40,000 Kip (RM20)
•Tiket Kuang Si Waterfall: 20,000 Kip (RM10)
•Aiskrim susu kerbau: 15,000 Kip untuk 1 scoop (RM7)
•Lao body massage 1 jam: 50,000 Kip (RM25)
•Lao Coffee area Sg Mekong: 5,000 Kip (RM2)
•Teksi van ke airport: 80,000 Kip (RM40) / 4 orang (RM10)

Jumlah besar: RM655.50
La Kon (Good bye) dan Kop Chai (Terima kasih)!
Kuang Si Waterfall |
Kuang Si Waterfall |
Tuk tuk di Luang Prabang |
Kedai kopi Lao yang sebenarnya viral tapi kami tak tahu 🤣 |
Alms Giving Ceremony seawal 5.30 pagi |
Aiskrim susu kerbau perisa coklat |
Anak beruang di Bear Sanctuary (sebelum masuk ke Kuang Si Waterfall) |
Chennai Restaurant |
Sunset di Mount Phousi |
Do's and Don'ts di Luang Prabang untuk rujukan |
Bamboo Bridge |
Bergambar dengan anak-anak Luang Prabang di National Library |
Joma Bakery yang sangat-sangat dekat dengan Apple2 Guesthouse |
Air buah di Night Market |
Bilik kami di Apple2 Guesthouse |
Merempit di Luang Prabang. Happy walaupun tayar pancit sebelumnya hoho. |
Gigih memanjat Mount Phousi setinggi 325 anak tangga. Burn 1000 kalori mungkin =) |
Kebanyakan barang di Night Market/Morning Market memang handmade OK |
Nisha Restaurant |
Lorong di Guesthouse kami |
Saturday, 5 May 2018
Rindu Tak Terluah
Tak nampak di mata
Lama menghilang
Masih bersisa
Tak sama yang ada
Jauh kembara
Akhirnya hanya dia
Nak lebih bicara
Biarlah hati sahaja
Menyimpan rindu tak terluah
Rindu tak berkesudahan
Selamanya menjadi pungguk
Bulan tak kesampaian
Subscribe to:
Posts (Atom)
KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)
Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...
-
APA NAK BUAT SEMASA MEMBELI RUMAH? BUATLAH 7 PERKARA INI:- 1) Buat carian dan 'survey' prospek rumah idaman Ada banyak...
-
Sabtu lepas aku ke klinik di kawasan berdekatan rumah aku. Hari minggu ada doktor sakit puan (aku gelar gynae saja dalam ayat seterusnya). ...
-
Aku ke Ho Chi Minh (HCM) bulan Oktober 2017. Trip adhoc plus nekad aku. Trip redah tanpa saving langsung. Amaran keras: Tak dig...