Pipi terasa panas. Tangan terasa ringan. Hati terasa pedih. Telinga terasa berdesing. Si kuli telah tewas hari ini. Tewas kerana menjaga adab sesama manusia. Tewas kerana ikhlas niatnya mahu menolong. Tewas kerana lawannya tua daripadanya. Tewas kerana lawannya pelupa. Pelupa bahawa hidup ini bagai roda. Pelupa bahawa di masa susahnya kuli inilah yang membantunya. Pelupa bahawa anaknya juga boleh menjadi seperti si kuli. Anaknya masih belajar, jurusan sama seperti si kuli.
Ikutkan hati si kuli mahu saja mendoakan buruk buat lawannya. Tapi si kuli tahu tarafnya. Hatinya tak mampu mendoakan keburukan orang lain. Akhirnya si kuli berserah kepadaNya. Biarlah Dia yang membalasnya. Si kuli cuma perlukan sedikit masa, untuk menyeka air matanya. Sedikit masa untuk merawat luka di hatinya. Untuk meyakinkan dirinya bahawa tarafnya jauh lebih tinggi berbanding lawannya.
"There are things money cannot buy, like manners, morals and integrity".
No comments:
Post a Comment