Sudah agak lama aku berhenti menulis. Sejak aku memadam semua akaun FB dan Instagram, kehidupan aku lebih kepada 'real, daily life story'. Akaun FB baru aku yang aku buka khusus untuk meneruskan page Mudahnya Belajar Akaun pun tidak aktif. Setakat menjamu mata dengan kisah-kisah kucing di dalam Group Dunia Kucing.
Baru-baru ini aku berbuka puasa dengan rakan-rakan sekolahku. Sebahagian dari mereka terkejut dengan 'kehilangan' aku dari radar laman sosial. Ada yang merajuk sebab tidak lagi dapat membaca penulisan aku di FB. Kesimpulannya mereka seperti hilang punca tanpa aku. OK ayat terakhir itu 'too exaggerating' dan datang dari aku sahaja, hahaha!Abaikan, ya. 😅😅😅
Selaku orang yang memang suka menulis, aku akui memang banyak benda nak ditulis. Tapi aku terlalu sibuk menjalani kehidupan di dunia realiti. Kerja semakin 'demanding', hidup semakin perlu berdikari(aku sudah menduduki rumah sendiri) dan aku sibuk belajar 'part time' untuk memastikan aku lulus ACCA tahun ini juga.
Mulai dari post ini aku berazam untuk terus menulis. Tak kisahlah jika tiada yang membaca. Jika postnya bermanfaaat, aku akan kongsi di FB. Semoga aku lebih komited menulis, walaupun sibuk dengan kehidupan realiti. Amin.
No comments:
Post a Comment