Tuesday 26 April 2016

Kisah si kuli yang tewas kerana adabnya

Pipi terasa panas. Tangan terasa ringan. Hati terasa pedih. Telinga terasa berdesing. Si kuli telah tewas hari ini. Tewas kerana menjaga adab sesama manusia. Tewas kerana ikhlas niatnya mahu menolong. Tewas kerana lawannya tua daripadanya. Tewas kerana lawannya pelupa. Pelupa bahawa hidup ini bagai roda. Pelupa bahawa di masa susahnya kuli inilah yang membantunya. Pelupa bahawa anaknya juga boleh menjadi seperti si kuli. Anaknya masih belajar, jurusan sama seperti si kuli.

Ikutkan hati si kuli mahu saja mendoakan buruk buat lawannya. Tapi si kuli tahu tarafnya. Hatinya tak mampu mendoakan keburukan orang lain. Akhirnya si kuli berserah kepadaNya. Biarlah Dia yang membalasnya. Si kuli cuma perlukan sedikit masa, untuk menyeka air matanya. Sedikit masa untuk merawat luka di hatinya. Untuk meyakinkan dirinya bahawa tarafnya jauh lebih tinggi berbanding lawannya.

"There are things money cannot buy, like manners, morals and integrity".

Saturday 2 April 2016

Kucing: Memandangnya terbit rasa kasih

Sekarang ini kucing lebih popular dari manusia. Follower kucing mengalahkan follower artis. Ratusan ribu Likers tegar menanti update tentang kucing kesayangan mereka, yang belum pun mereka lihat secara realiti. Begitulah hebatnya penangan media sosial.

Kucing bukanlah asing buat keluargaku. Dari kecil kami sudah membela Cik Cik, kucing oren betina. Aku masih ingat saat kami menjumpai mayat anak-anaknya tanpa kepala, akibat dimakan oleh bapa mereka.

Terlalu banyak kucing yang pernah muncul dalam hidup kami. Cik Cik, Ah Ching, Me Amor, Baby, Tiger(Jantan), Tiger(Betina), Olive, Milo, Cafe, Oren(Jantan), Orangee, Citam, Panda, Sitamparam, Abu Doggy, Zorro dan Oggy.  Belum lagi yang datang dan pergi dan membuat rumah kami seperti transit untuk makan minum sahaja. Haha.

Sayangilah kucing dan haiwan  lain seadanya. Dunia ini juga milik mereka. Jangan sesekali menzalimi mereka. Inshaallah hidup kita akan diberkati dan murah rezeki.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...