Hmmmmmmmmmmm....
Mengeluh itu tidak baik, betul? Tapi aku mengeluh juga hari ini. Sebab aku terlalu letih. Sebab kerja, juga sebab kerenah manusia.
Hari ini aku menangis lebih dari setengah jam di dalam tandas di pejabat. Menangis seorang diri, cuba mengawal sedu-sedan. Bimbang didengari oleh orang di tandas sebelah. Selepas sedikit lega barulah aku keluar, menyambung semula kerja dengan senyuman.
Bukan semua orang boleh faham apa yang kita rasa. Hanya menangislah yang mampu memberi sedikit kelegaan. Sambil itu kita berdoa semoga segalanya dimudahkan. Sungguh, kita ini hanya hambaNya yang tiada daya upaya atas sesuatu.
Saat ini aku sedang makan seorang diri. Sesuatu yang sudah biasa aku lakukan. Tiada apa yang nak dimalukan. Malah lebih tenang rasanya. Cuma aku ralat. Aku ralat sebab tak dapat pergi ke kelas. Aku bukan sengaja tidak mahu ke kelas. Hambatan kerja membuatkan aku tak mampu nak berkejar ke kelas. Aku berharap sangat-sangat, aku dikurniakan masa lain untuk study sendiri. Subjek terakhir ini agak susah. 😩😩😩
Hari ini aku belajar sesuatu:
1) Gembira hati mudah dikongsi, sayu hati belum tentu ada yang sudi berkongsi.
2) Apapun yang terjadi, jangan sesekali kita ketepikan kawan yang selalu di sisi kita.
Ciao.
No comments:
Post a Comment