Hari ini aku kongsikan sedikit ilmu dari webinar anjuran Sakupenuh.com bertajuk Bagaimana untuk Menambah Pendapatan.
Untuk pengetahuan kalian, pengasas Sakupenuh.com ialah Tuan Shazly Khan, yang juga pengasas iMuslim Academy. Seingat aku, lebih dari 2 kali aku pergi ke seminar anjuran iMuslim. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.
Bagaimana untuk menambah pendapatan sebenarnya?
Boleh cuba 8 cara ini. Untuk makluman, tak semua cara ini sesuai dengan kita. Terpulang kepada kita sendiri OK.
1) Melabur dalam saham yang stabil
Stabil bermaksud saham syarikat yang telah banyak tahun dan tidak pernah jatuh merudum harganya. Sebaiknya cari yang patuh syariah.
Tak pandai? Sertailah seminar untuk belajar ilmu pelaburan saham.
Pelaburan saham sekarang lebih mudah. Siap boleh beli saham melalui online banking. Yang penting, cari ilmu dulu. Selain itu, jangan tamak jika telah mula mendapat hasilnya. Konsistensi itu penting.
2) Membeli aset untuk disewakan
Beli rumah lalu kita sewakan kepada orang. Dalam keadaan harga rumah mahal sekarang, memang agak susah (kos mahal, kadar sewa belum tentu cover) tapi tak mustahil. Boleh jenguk-jenguk geng-geng property agent kita. Mereka ada tips berguna untuk pelaburan sebegini.
Aku sendiripun lepas beli rumah, aku sewakan 2 bilik kepada orang. Aku duduk di bilik master. Memang tak sepenuhnya cover kos keseluruhan loan instalment, apatah lagi nak dapat untung. Tapi bolehlah juga mengurangkan sedikit beban hutang aku.
Boleh rujuk post tentang tips beli rumah di sini. Ada 3 post tentang tips sebelum, semasa dan selepas membeli rumah. Selamat membaca dan moga bermanfaat. Inshaallah.
3) E-book
Tak semestinya pandai menulis. Janji mahu menulis. Kumpulkan idea dalam bentuk Microsoft Word, hantarkan ke laman web klikjer.com. Mereka buat semua proses E-book, kita tunggu saja income masuk.
4) Ruang iklan
Cara ini boleh kita buat kalau kita ada blog atau page FB yang banyak follower. Kena study sikitlah bagaimana orang biasanya arrange tentang ruang iklan ini. Yang penting kita yakin dan berani untuk mendapatkan pelanggan dan negotiate harga.
Contoh harga yang dikongsikan Tuan Shazly untuk negotiate adalah RM500 untuk 4 kali posting dalam page FB kita. Tapi ini semua bergantung kepada tahap populariti page FB atau blog kita juga, tau.
5) Cipta apps atau upah orang untuk cipta apps
Aku tak pandai bab teknologi. Tapi Tuan Shazly kata, cari masalah orang ramai dan cipta apps yang boleh selesaikan masalah itu. Aku boleh fikirkan tentang masalah menabung. Ada apps tentang bajet dan tabung yang boleh bantu kita monitor simpanan kita. Masalah teksi yang tak menggunakan meter pula boleh diselesaikan melalui apps Grabcar dan Uber.
6) Uber dan Grabcar
Ini memang tengah trending. Kalau boleh buat duit why not, betul tak? Aku difahamkan, kalau buat betul-betul, boleh menjana pendapatan lebih kurang RM4,000 sebulan. Itu pun dilakukan oleh orang yang bekerja, tau. Maknanya mereka buat Uber dan Grabcar ini secara part time, di luar masa bekerja.
Untuk perempuan, kena kaji timing dan lokasi sebelum buat. Kena fikirkan aspek keselamatan juga OK.
7) Personal shopper
Ini pun dah ramai orang buat. Set pinggan mangkuk, beg tangan, kasut malah perabot, you name it. Gunakan platform Instagram, FB dan lain-lain untuk promosi.
Kita dapat income dari servis yang kita berikan. Contoh harga barang RM500, kita ambil tambahan RM50 jadi pelanggan kita bayar RM550 kepada kita. Ini hanya contoh saja OK. Kalian kajilah bagaimana personal shopper yang dah top level buat OK. Ada rezeki tak kemana. Inshaallah.
8) Homestay
Cara ini macam berkaitan dengan cara no 2) di atas. Cuma Tuan Shazly kongsikan cara untuk buat homestay melalui rumah yang disewa dari pemilik asal.
Caranya adalah:
a) Kaji lokasi; tengah bandar, dekat dengan LRT dll.
b) Minta izin pemilik asal untuk buat homestay.
c) Jika diizinkan, buat sajalah. Kenakan caj yang boleh dapatkan pendapatan lebih dari kos kita sewa rumah itu.
d) Promosikan homestay kita di:
-AirBnB
-Homeawayasia
-Booking.com
-Lain-lain platform yang sesuai
Ingat sesuatu: Sasaran kita mesti pelancong, samada tempatan ataupun warga asing. Seingat aku ada juga yang mensasarkan orang yang menghantar anak ke universiti dan sebagainya. Terpulang. Janji buat kajian yang mencukupi sebelum buat, OK.
Cukup dahulu di sini. Post seterusnya aku akan kongsikan tips dari Tuan Shazly untuk menggunakan internet, untuk menambah pendapatan.
Nak tahu tentang program Sakupenuh.com?
Boleh klik sini.
Salam.
No comments:
Post a Comment