Sejak zaman drama Melayu macam Selamat Hari Jadi Su, Cinta Si Penggali Kubur dan Nur Kasih dulu, aku memang dah tak kuasa nak tengok drama Melayu. Kalian mungkin tahu kenapa. Murahan. Tiada mesej. Kering idea. Jual rupa dan kontroversi. Bosan.
Hari ini pula aku tertonton drama Melayu bertajuk Cermin Kasih. Sambil makan maggi, demi Allah aku menangis tersedu-sedu OK. Tak tahan melihat jalan cerita dan lakonan yang sangat-sangat mantap dan natural.
Masa aku mula menonton, dramanya dah separuh jalan. Marina (Tiz Zaqyah) dah berada di dalam penjara dan dalam proses menyerahkan anaknya Maryam kepada ibu bapa Marina. Aku difahamkan suami Marina iaitu Amran (Shaheizy Sam) dah meninggal sebab ditembak polis. Amran merupakan seorang pengedar dadah. Akibat cinta dan juga disuntik dadah oleh Amran, Marina pun sama-sama mengedar dadah hinggalah dia diberkas polis dan Amran ditembak.
Sejak Maryam diserahkan kepada datuk dan neneknya, Marina hanya mampu bersalam dan mencium Maryam melalui cermin di penjara. Babak-babaknya ringkas tapi entah, sayu betul hati akulah. Bayangkan Maryam membesar sambil berulang-alik ke penjara sebab nak jumpa maknya. Terasa macam kuat pula naluri keibuan aku. Miahahah.
Dialog-dialog dalam drama ini pun power. Contohnya dialog Kak Rock(kawan rapat Marina di penjara) semasa dia bercerita kepada Marina tentang perbuatannya membunuh suaminya sendiri, yang nak merogol anaknya sendiri. Lepas itu ada babak Marina menerima surat dari Kak Rock(Kak Rock keluar penjara awal sebab dapat pengampunan), berserta gambar Kak Rock dengan anaknya yang sudah menjadi hafizah Al-Quran. Syahdunya aku rasa. Huhuhu.
Babak akhir yang aku menangis pastilah babak Marina yang terkejut melihat anaknya Maryam yang baru saja meninggal, pada hari Marina dibebaskan dari penjara. Aku keliru sikit sebenarnya sebab sebelumnya, hanya ayah Marina yang batuk-batuk. Tiba-tiba Maryam yang meninggal, sebab kesan pengambilan dadah oleh Marina dulu. Sistem badan Maryam tak kuat dan akhirnya Maryam pergi dijemput Illahi pada usia yang sangat muda.
Cinta mampu membuat manusia hilang pedoman. Tapi cinta jugalah yang membuat manusia bertahan dan meneruskan kehidupan. Semoga kita beroleh cinta sejati kurniaanNya. Amin.
Terima kasih En Murali Abdullah (pengarah) yang telah menjadikan drama ini begitu bermakna sekali. Aku difahamkan yang drama ini dibuat berdasarkan kisah benar.
Adios.
No comments:
Post a Comment