Friday, 21 October 2016

Kenapa kita tidak boleh memandang rendah kepada makcik 'Cleaner'

Hari ini aku mendapat suatu pelajaran luar buku yang hebat. Nak tahu bagaimana?
Aku membasuh tandas yang digunakan oleh penyewa rumah aku. Sebab di mata aku tandas itu terlalu kotor untuk digunakan oleh seorang perempuan.

Bayangkan jamban yang terdapat sisa-sisa najis padanya, aku tenyeh kuat-kuat dengan berus jamban. Bukan najis aku pun, OK!

Kemudian aku tenyeh pula dinding tandas sampai hilang segala kesan hitam. Baunya tak payah ceritalah. Nama pun tandas!

Lepas itu aku basuh pula lantai. Akhir sekali aku basuh pula selipar tandas yang begitu 'kepam' sekali di mata aku. Hisshhhh! Benda ini pun aku kena jaga ke?

Selepas siap membasuh tandas, aku snap gambar tandas yang bersih berseri itu. Puas hati aku. Aku memang marah betul tadi masa tengok tandas itu kotor. Tapi bila fikir semula, aku rasa aku belajar sesuatu yang nampak kecil tapi sangat bermakna untuk aku.

Kita biasa bekerja di pejabat, KPI kita terlihat begitu gah sekali. Dengan paperwork, deadlines, reports dan segala benda canggih dan peliklah. Tapi akhirnya, najis kita tetap busuk juga. Siap ada yang bersepah-sepah lagi. Ewwwwww!

Kadang-kadang kita biarkan begitu saja najis kita itu. Sebab? Sebab ada makcik cleaner yang akan basuh. Betul tak? Dan makcik cleaner itu dibayar, bukan percuma. Betul tak? Itulah kerja dia, basuh najis orang.

Pernahkah kita bayangkan kita di tempat makcik cleaner itu? KPI kita ialah memastikan tandas bersih dan wangi. Jika tidak, dapatlah seribu satu complain nanti. Tiada paperwork dan reports, hanya sisa tahi dan air kencing ribuan manusia yang menanti. Setiap hari benda yang sama. Bau busuk dan hancing yang sama.

Mampukah kita bekerja seperti mereka, walaupun sehari? Lupakan pakaian korporat, hanya uniform yang akan busuk dengan bau peluh dan terkena sisa najis. Malangnya, sedikit dari kita yang berterima kasih kepada mereka. Kadang-kadang kita marah pula bila makcik cleaner tutup tandas untuk kerja mencuci yang hanya 15 minit.

Bukan semua makcik cleaner muda-muda. Kalau di pejabat aku, siap ada yang dah bongkok. Allahu, bayangkan jika mereka adalah ibu kita. Sedih, bukan?

Mulai hari ini aku mengajak kalian semua untuk:

1) Senyum kepada makcik cleaner
2) Tanya khabar kepada makcik cleaner
3) Flush jamban selepas digunakan
4) Minimumkan penggunaan air. Jangan sampai banjir pula tandasnya. Fikirkan pengguna lain selepas kalian juga. Kalian pun pasti tak suka tandas banjir, bukan?
5) Jangan tamak tisu. Orang lain pun nak guna juga.

Amacam, boleh? Kita cuba OK!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...