Sunday, 2 October 2016

Analisis sindrom 4K di kalangan mahasiswa versi Cik Fairuz

Aku sebenarnya dah lama tak baca akhbar. Tapi mata aku tertancap pada suatu topik yang agak panas.

Hari ini akhbar Berita Harian mengulas mengenai sindrom 4K di kalangan mahasiswa.

Apakah itu 4K?

1) Kuliah-Ponteng kuliah

2) Katil-Tidur berlebihan

3) Kafeteria-Lepak melampau

4) Komputer-Ketagih dengan aplikasi internet

Kenapa pula 4K ini jadi isu?

Kerana dikatakan 4K inilah punca kepada merudumnya prestasi akademik mahasiswa. Malah sindrom 4K ini juga dikatakan telah menyebabkan mahasiswa malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

OK. Siapakah yang come up dengan teori 4K ini sebenarnya?

Jawapannya: Hasil kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kita biarkan pakar akademik melakukan kerja mereka OK.

Now, analisis versi aku. Mungkin tak akademik malah hampas bagi kalian.

Maha-Yang paling. The most.

Siswa-Orang yang belajar, biasanya di kolej atau universiti.

Mahasiswa bererti orang yang paling banyak belajar.

Belajar-Perbuatan mahu menerima pelajaran.

Pelajaran-Ilmu. Samada dari buku, aktiviti fizikal, kuliah, tutorial, tazkirah malah pengalaman kita atau orang lain.

Apakah yang kita harapkan dari mahasiswa ini sebenarnya?

Bahawa mereka dapat memenuhi kuota pekerjaan dalam sektor awam dan swasta?

Bahawa mereka ini harus selepas habis universiti, terdidik fizikal dan mental? Boleh berdikari? Boleh membuat keputusan? Boleh membuat presentation?  Boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik?

Terlalu ideal. Agak too good to be true, memandangkan mahasiswa itu adalah manusia biasa, sama macam kita yang lain.

Aku teringat kata-kata Dr Maszlee Malik dalam EdTalk 1.0 baru-baru ini. Anak-anak kita sebenarnya perlu diajar tentang tanggungjawab.

Tanggung-Menerima kesan dan akibat dari sesuatu perbuatan.

Jawab-Menjelaskan apa yang kita telah buat.

Inilah sebenarnya punca kepada 4K di atas.

Anak-anak kita kurang rasa tanggungjawab.

Bila ada rasa tanggungjawab, mereka akan faham ini:

Setiap perbuatan pasti ada kesannya. Baik kepada diri mereka sendiri ataupun orang lain. Biasa orang sebut berani buat, berani tanggung. Betul tak? Kalau kita tak bersedia untuk menerima kesan buruk sesuatu perbuatan, janganlah buat. Kalau dah bersedia? Teruskan. Jangan pula kemudiannya lari dari tanggungjawab, OK.

Kalau kita aplikasikan konsep tanggungjawab ini pasti kita mampu fikirkan semua ini:

Selamba ponteng kuliah, peduli apa dengan pensyarah, betul? Bila dah kena gantung kuliah dan tak boleh ambil exam barulah menyesal.

Tak cukup tidur sebab buat assignment minit terakhir. Dating sana-sini dengan pasangan seharian, boleh pula? Atau main game tengah-tengah malam, dapat apa? Melainkan kita mampu menjana duit dengan mencipta pula game baru. Itu aku setuju.

Duduk melepak di kafeteria dengan kawan-kawan. Bersosial? Baik buat bisnes MLM. Sekurang-kurangnya dapat pengalaman mencari duit dan mungkin juga dapat pengalaman ditipu.

Laptop on 24 jam. Main game? Bisnes online? Chatting? Tengok drama Korea? Tak salah. Siapkan assignment dahulu. Fahamkan topik yang diajar dahulu. 

Selain kurang rasa tanggungjawab, semacam ada pemikiran bahawa menjadi mahasiswa itu adalah suatu privilege. Diberikan pendidikan, ada segala kemudahan, hingga terlalu asyik dan mudah distracted.

Di luar sana, terlalu ramai orang yang merecik peluhnya (bukan merecik hawau), membuat 2-3 kerja untuk mencari rezeki. Masih muda, sebaya para mahasiswa. Tanyalah mereka ini, pasti terselit keinginan untuk menjadi mahasiswa juga. Punya pekerjaan hebat dan hidup senang, walaupun tidak kaya-raya.

Sudah-sudahlah hidup dalam angan-angan. Kehidupan selepas universiti lebih mencabar. Kalau masuk dunia korporat, tak perform jangan harap peluang kedua. Nak buat bisnes sendiri pun, kalau tiada hala tuju dan kerja keras confirm bisnes kita tak tahan lama. Banyak sudah kes-kes graduan muda yang bankrap akibat tak pandai mengawal kehendak yang melampau mengatasi keperluan sebenar.

Aku tak suruh mahasiswa score A berlambak. Aku cuma suruh untuk sedar diri dan tanggungjawab. Hidup di universiti, kerja kalian cuma belajar. Belajar akademik. Belajar tentang kehidupan. Belajar tentang adab sopan. Belajar dan terus belajar. Kalian ingat habis universiti tak payah belajar lagi? Maaflah. Zaman sekarang siapa yang malas belajar dan tak nak menerima perubahan, mereka pasti akan tertinggal di belakang. Dunia berubah begitu pantas. Ingat itu.

Sekian analisis 4K aku. Tak ada unsur akademik pun. Cuma pandangan biasa-biasa di blog kerdil aku ini. Aku dulu pun mahasiswa. Tak perfect pun. Dari pengalaman, aku usaha untuk mengingatkan. Semoga bermanfaat untuk kalian.

Salam.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...