Saturday, 22 October 2016

Ad hoc GILA dengan Mr Kuan Chee Heng

Pukul 4.45 petang, aku baru nak berehat lepas seharian mengemas rumah. Scroll FB, mata tertancap pada post Mr Kuan Chee Heng atau Mr Kentang. Keluarga Melayu tak makan di PPR Pinggiran Bukit Jalil. Aku komen, Mr Kuan suruh call dia. Aku call, tak sampai 1/2 jam aku sampai di lokasi.

Tak ada selfie, tak sempat berkenalan terus tour serata blok-blok di PPR tersebut. Rupa-rupanya terdapat Melayu, Cina dan India yang hidup susah di sini. Di bandar besar Kuala Lumpur dan Selangor, ternyata ada lagi yang masih tak cukup keperluan asasnya. Aku memang tahu akan fakta ini sebelum ini tapi ini kali pertama aku betul-betul melihat di depan mata aku sendiri. Allahu.
Aku bukan dari keluarga kaya. Tapi syukur cukup serba-serbi. Masih ada mak ayah. Masih mampu bekerja. Melihat mereka ini begini, aku macam masuk ke suatu dunia lain. Sungguh. Tapi syukur berkat pergi ke seminar-seminar tentang pendidikan warga terpinggir dan sebagainya, aku cepat adapt. Aku berjaya untuk tidak cepat menilai kehidupan dan persekitaran mereka.

Mr Kuan memang betul-betul fokus. Main hulur saja, terus ke point.  Malah aku belajar untuk tidak cepat menyalahkan orang lain dalam situasi begini. Aku akan ingat kata-kata Mr Kuan:

1) Ada ramai orang miskin. Kita bersyukur sebab kaya. Kaya dengan kesihatan. Duit RM2 juta pun kalau sakit tiada guna.

2) JKM dan Baitulmal tak boleh disalahkan jika bantuan lambat. Mereka memang berusaha keras untuk membantu tetapi ramai sangat orang yang susah. Perlu vet kes yang betul-betul susah.

Bila memberi, jalan terus. Dari nak tidur di katil empuk, aku ke PPR sudahnya. Aku beri semua yang ada di dapur. Malah telekung yang aku beli untuk terawih tahun depan(ambitious kan aku? 😅😅😅) pun aku beri. Sebab pada akhirnya apa yang bukan milik kita tetap bukan milik kita. Wallahua'lam.

Jom gila bersama!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...