Tuesday, 28 August 2018

Kisah Cinta Kita

Aku masih ingat. Aku selalu cakap dengan mak yang aku nak kahwin dengan lelaki sebegini:

1) Anak yatim piatu-Senang sebab tak perlu fikir nak balik kampung siapa (kononnya).

2) Sayangkan kucing dan haiwan lain-Sebab aku pun sangat sayangkan kucing dan haiwan lain.

3) Pandai memasak-Supaya aku taklah terbeban sangat nak memasak, contoh kalau aku tak sihat ke, atau sengaja nak manja-manja ke. 

Tahun 2015, aku jumpa dengan orang yang aku rasa betul-betul menepati ciri-ciri yang di atas. Betul-betul yatim piatu, sangat penyayang dengan haiwan dan pandai memasak. Tuhan saja tahu betapa berbunganya hati aku masa itu.

Tapi biasalah, manusia takkan pernah sempurna. Dari tahun 2015 hinggalah ke tahun 2017, aku banyak melalui momen-momen insecure dengan dia. Hubungan aku dengan dia macam hmmm, pelik. Sebab dalam dia baik dengan aku, dia rupanya masih berhubungan dengan kekasih lamanya. 

Sejak kenal dengan dialah aku berjaya menjadi stalker bertauliah. Boleh bayangkan tak aku ada 4 akaun FB, yang aku gunakan silih berganti untuk stalk dia? Insecure, betul? Tapi percayalah, semuanya berlaku dengan sebab yang sangat logik: Dia seorang yang tak jujur. 

Tahun 2017, kami putus hubungan selama setahun. Cuma baru-baru ini saja kami contact semula. Walaupun aku asalnya malas juga nak layan. Tapi lepas dia kata dia dah putus dengan kekasihnya, hmm aku berfikiran tak salah pun untuk mencuba semula. Perlahan-lahan, aku baik semula dengan dia macam dulu. Hinggalah aku terjumpa semula akaun FB kekasih lamanya, dengan gambar profile yang tersenyum gembira dengan cincin di jarinya. 

Dalam pada aku makin rapat dengan dia, naluri aku kuat mengatakan sesuatu: Kekasih lamanya bertunang dengan dia. Walaupun dia menafikan. Klimaksnya bila aku tanya sendiri dengan perempuan itu, dengan siapa dia bertunang. Jawapannya? Dengan dia. 

Hmmm. Sekarang aku di block di FB dan Whatsapp oleh dia. SMS aku langsung tak dibalasnya. Bodoh betul aku. Masih percayakan kata-kata manis dari mulutnya. 

Move on? Tak mudah. Sebab aku semacam stuck dengan macam-macam persoalan. Kenapa ada orang yang sebegitu kejam? Kenapa dia boleh sayangkan haiwan tapi berlaku curang dengan tunangnya, malah menipu aku pula? Apa yang ada dalam fikiran dia sebenarnya? Aku betul-betul tak faham.

Buat dia:

Nah, kisah cinta kita yang pernah awak cadangkan saya menulisnya. Walaupun sebagai perempuan, saya harap tunang awak tak meneruskan perkahwinan dengan lelaki macam awak, saya percaya cinta dan ketentuan jodoh dariNya mengatasi segalanya. Berubahlah. Jangan mainkan perasaan orang lagi. Hidup ini bukannya lama sangat pun. 

Semoga saya berjaya jua memaafkan awak suatu hari nanti. Buat masa sekarang, hmm...


Wednesday, 15 August 2018

Aku Bukan Perampas

Aku buntu. Hingga aku perlu Google bertanyakan tentang ini:

Aura perampas pasangan orang. 

Selama ini aku selalu baca dan dengar tentang kewujudan perampas pasangan orang. Biasanya perampas boyfriend, tunang atau suami orang. 

Bila sebut perampas, orang selalunya kaitkan pelakunya sebagai seorang perempuan. Macam Husna, watak dalam drama Jangan Benci Cintaku. Macam artis I, yang dikatakan merampas suami I. Atau artis M, yang dikatakan merampas suami kawan baiknya.

Sikap ramah itu perlu. Bersangka baik itu perlu. Tapi bila semuanya mendorong aku dilabel sebagai perampas, seriously something is wrong. Or the accuser is wrong? Or the 'manusia rampasan' is wrong?

Rampas boyfriend orang.

Rampas suami orang.

Rampas tunang orang.

Wow. Tamaknya.

Eh aku bukan perampaslah! 

Aku perempuan. 

Kau orang pun perempuan. 

Jahatnya aku, belum sampai tahap nak menganiaya perempuan lain.

Aku hanya manusia sideline. Tak ada pun orang yang minta maaf kerana menipu aku. Atau kerana salah sangka terhadap aku.

Sayang diri sendiri terlebih dahulu. Jangan turutkan sangat perasaan sayang pada mereka yang tak menghargai, yang tak jujur. 

Aku maafkan. Tapi susah aku nak lupakan. 

Sekali berparut selamanya berparut. 

Aku bukan perampas. 

Damn. Manusia memang kejam.

Wednesday, 8 August 2018

Tentang Kahwin vs Single

Tahun 2018, dan aku dah pun menginjak umur 34 tahun. Tak perlu nak drama sorokkan umur hehe. Masih single tapi tak berapa nak available. Tak available bukan sebab dah ada boyfriend, tapi sengaja tak nak available. Sebab? Sebab available nya aku hanya bila aku rasa betul-betul nak kahwin, bukan sebab rengekan orang sekeliling yang nakkan aku berkahwin. Big no no!๐Ÿ˜

Well, itu beza orang yang single pada umur 30an berbanding orang yang single pada umur 20an. Umur 20an adalah umur banyaknya manusia meroyan nak berkahwin, termasuklah aku dulu (jujur dari hati๐Ÿ˜…). Umur 20an adalah umur kita penat melayan soalan dari orang tua yang ambil berat tentang kita, yang mahukan ada orang menyunting dan menjaga kita. Kemudian orang akan expect kita beranak dan terus beranak. 

Bila umur dah 30an dan masih single, serius tak banyak dah orang akan tanya "Bila lagi?". Lebih-lebih lagi kalau mereka tahu kita kerap travel, kuat bekerja, sentiasa ada bila ibu bapa memerlukan dan sangat-sangat berdikari. Maka ternyatalah kahwin vs single itu sebenarnya adalah pilihan semata-mata, berserta takdir Tuhan yang menentukan segalanya.

Kalau kita memilih bernikah awal, sudah-sudahlah cemburu dengan kawan-kawan yang aktif di luar. Kalau kita beranak awal, usah cemburu dengan kawan-kawan yang tak perlu bawa extra bags (beg susu, beg baju extra) di kiri dan kanan badan kita. Kalau kita bahagia awal dan kemudian sengsara di pertengahan, jangan menyesal dan berharap kita masih single dan belajar dulu erti perkahwinan sebelum memilih untuk bernikah. Sebab sesungguhnya, segala pilihan itu kita yang membuatnya. 

Yang single pula, tetaplah single hingga akhirnya kita faham hakikat perkahwinan yang bukan calang-calang cabarannya. Tengok sekeliling dan kira berapa orang yang benar-benar bahagia dalam perkahwinan mereka. Berapa orang yang benar-benar menjiwai erti menjadi suami, isteri, ayah, ibu, menantu dan ipar duai. Ramai juga yang tewas dengan ujian, hingga memilih untuk curang dan meninggalkan pasangan, lantas rumahtangga yang bahagia awalnya runtuhlah jua. 

Hidup ini adalah pilihan, betul? Kita pilih nak bahagia yang bagaimana. Kemudian bersyukur dan jangan terlalu cemburukan kebahagiaan orang lain. Kahwin vs single, dunianya berbeza. Jangan campur adukkan dan pukul sama rata semua benda. Bila campur aduk, mulalah yang dah kahwin sentap dengan yang single, yang single bosan dengan yang dah kahwin. Yang single, jangan kacau hidup yang dah kahwin kalau agak-agak mereka dah meninggalkan kita. Percayalah, suatu hari nanti mereka akan mencari kita juga. Masa itu terpulang samada kita mahu menyahut sapaan mereka atau move on dengan kawan single yang baru. 

Peace!



KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...