Well, itu beza orang yang single pada umur 30an berbanding orang yang single pada umur 20an. Umur 20an adalah umur banyaknya manusia meroyan nak berkahwin, termasuklah aku dulu (jujur dari hati๐
). Umur 20an adalah umur kita penat melayan soalan dari orang tua yang ambil berat tentang kita, yang mahukan ada orang menyunting dan menjaga kita. Kemudian orang akan expect kita beranak dan terus beranak.
Bila umur dah 30an dan masih single, serius tak banyak dah orang akan tanya "Bila lagi?". Lebih-lebih lagi kalau mereka tahu kita kerap travel, kuat bekerja, sentiasa ada bila ibu bapa memerlukan dan sangat-sangat berdikari. Maka ternyatalah kahwin vs single itu sebenarnya adalah pilihan semata-mata, berserta takdir Tuhan yang menentukan segalanya.
Kalau kita memilih bernikah awal, sudah-sudahlah cemburu dengan kawan-kawan yang aktif di luar. Kalau kita beranak awal, usah cemburu dengan kawan-kawan yang tak perlu bawa extra bags (beg susu, beg baju extra) di kiri dan kanan badan kita. Kalau kita bahagia awal dan kemudian sengsara di pertengahan, jangan menyesal dan berharap kita masih single dan belajar dulu erti perkahwinan sebelum memilih untuk bernikah. Sebab sesungguhnya, segala pilihan itu kita yang membuatnya.
Yang single pula, tetaplah single hingga akhirnya kita faham hakikat perkahwinan yang bukan calang-calang cabarannya. Tengok sekeliling dan kira berapa orang yang benar-benar bahagia dalam perkahwinan mereka. Berapa orang yang benar-benar menjiwai erti menjadi suami, isteri, ayah, ibu, menantu dan ipar duai. Ramai juga yang tewas dengan ujian, hingga memilih untuk curang dan meninggalkan pasangan, lantas rumahtangga yang bahagia awalnya runtuhlah jua.
Hidup ini adalah pilihan, betul? Kita pilih nak bahagia yang bagaimana. Kemudian bersyukur dan jangan terlalu cemburukan kebahagiaan orang lain. Kahwin vs single, dunianya berbeza. Jangan campur adukkan dan pukul sama rata semua benda. Bila campur aduk, mulalah yang dah kahwin sentap dengan yang single, yang single bosan dengan yang dah kahwin. Yang single, jangan kacau hidup yang dah kahwin kalau agak-agak mereka dah meninggalkan kita. Percayalah, suatu hari nanti mereka akan mencari kita juga. Masa itu terpulang samada kita mahu menyahut sapaan mereka atau move on dengan kawan single yang baru.
Peace!
No comments:
Post a Comment