Tuesday 28 August 2018

Kisah Cinta Kita

Aku masih ingat. Aku selalu cakap dengan mak yang aku nak kahwin dengan lelaki sebegini:

1) Anak yatim piatu-Senang sebab tak perlu fikir nak balik kampung siapa (kononnya).

2) Sayangkan kucing dan haiwan lain-Sebab aku pun sangat sayangkan kucing dan haiwan lain.

3) Pandai memasak-Supaya aku taklah terbeban sangat nak memasak, contoh kalau aku tak sihat ke, atau sengaja nak manja-manja ke. 

Tahun 2015, aku jumpa dengan orang yang aku rasa betul-betul menepati ciri-ciri yang di atas. Betul-betul yatim piatu, sangat penyayang dengan haiwan dan pandai memasak. Tuhan saja tahu betapa berbunganya hati aku masa itu.

Tapi biasalah, manusia takkan pernah sempurna. Dari tahun 2015 hinggalah ke tahun 2017, aku banyak melalui momen-momen insecure dengan dia. Hubungan aku dengan dia macam hmmm, pelik. Sebab dalam dia baik dengan aku, dia rupanya masih berhubungan dengan kekasih lamanya. 

Sejak kenal dengan dialah aku berjaya menjadi stalker bertauliah. Boleh bayangkan tak aku ada 4 akaun FB, yang aku gunakan silih berganti untuk stalk dia? Insecure, betul? Tapi percayalah, semuanya berlaku dengan sebab yang sangat logik: Dia seorang yang tak jujur. 

Tahun 2017, kami putus hubungan selama setahun. Cuma baru-baru ini saja kami contact semula. Walaupun aku asalnya malas juga nak layan. Tapi lepas dia kata dia dah putus dengan kekasihnya, hmm aku berfikiran tak salah pun untuk mencuba semula. Perlahan-lahan, aku baik semula dengan dia macam dulu. Hinggalah aku terjumpa semula akaun FB kekasih lamanya, dengan gambar profile yang tersenyum gembira dengan cincin di jarinya. 

Dalam pada aku makin rapat dengan dia, naluri aku kuat mengatakan sesuatu: Kekasih lamanya bertunang dengan dia. Walaupun dia menafikan. Klimaksnya bila aku tanya sendiri dengan perempuan itu, dengan siapa dia bertunang. Jawapannya? Dengan dia. 

Hmmm. Sekarang aku di block di FB dan Whatsapp oleh dia. SMS aku langsung tak dibalasnya. Bodoh betul aku. Masih percayakan kata-kata manis dari mulutnya. 

Move on? Tak mudah. Sebab aku semacam stuck dengan macam-macam persoalan. Kenapa ada orang yang sebegitu kejam? Kenapa dia boleh sayangkan haiwan tapi berlaku curang dengan tunangnya, malah menipu aku pula? Apa yang ada dalam fikiran dia sebenarnya? Aku betul-betul tak faham.

Buat dia:

Nah, kisah cinta kita yang pernah awak cadangkan saya menulisnya. Walaupun sebagai perempuan, saya harap tunang awak tak meneruskan perkahwinan dengan lelaki macam awak, saya percaya cinta dan ketentuan jodoh dariNya mengatasi segalanya. Berubahlah. Jangan mainkan perasaan orang lagi. Hidup ini bukannya lama sangat pun. 

Semoga saya berjaya jua memaafkan awak suatu hari nanti. Buat masa sekarang, hmm...


No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...