10.2. 2018.
Tarikh aku pergi konsert buat kali pertama dalam hidup aku.
Kegilaan yang tercetus dari stress bekerja. Bersama kawan pejabat yang juga gila dan stress bekerja. Haha.
Maaflah, tak semua lagunya boleh aku ikuti sambil badan digoyangkan tanda asyiknya menghayati. Jujur, aku bukan peminat tegar Sheila on 7.
Tapi, harga yang aku bayar untuk tiket Gold rasanya begitu berbaloi. Konsert dalam pusat ekspo tertutup, sejuk, berdiri tak jauh sangat dengan pentas. Paling penting showmanship yang Sheila on 7 berikan memang terbaik. Vokal Duta memang sumpah, masih macam zaman aku sekolah dulu.
Kata Duta, lagu Sheila on 7 berjaya menembusi peminat yang muda 20 tahun darinya. Kenapa ya?
Jawab aku dari bawah pentas:
"Kerna musik kamu ikhlas!"
Ikhlas itu penting dalam menyampaikan sesuatu. Niat yang ikhlas akan menghasilkan output yang ikhlas dan bermutu. Usah risau akan penerimaan orang yang pelbagai ragamnya. Tak semua orang akan sukakan hasil kerja kita. Itu biasa.
Aku mahu Melompat Lebih Tinggi, Seberapa Pantas yang aku boleh.
Peace!
No comments:
Post a Comment