Saturday, 24 February 2018

Jangan Lelah Berbuat Baik

Pernah tak kita rasa lelah nak buat baik dengan orang? Macam rasa tak dihargai. Kadang ucap terima kasih pun tidak.

Baca kisah picisan aku OK. Sebelum itu, no racism intended. Cuma nak lebih jelaskan keadaan saja. Kita semua sama di sisi Tuhan OK.

Aku pernah beberapa kali tumpangkan seorang auntie India balik ke rumah. Sebab aku kesian tengok dia jalan kaki malam-malam dari pasaraya Giant ke rumah dia. Agak jauh perjalanannya, tambah untuk orang seusia auntie itu.

Tiap kali aku tumpangkan dia, dia akan cakap terima kasih dan ajak datang rumah. Ada sekali itu, dia ajak aku datang rumah dia masa Deepavali. Aku excited lah. Dah lama tak merasa pergi beraya rumah jiran non-Muslim. Aku belikan dia satu kotak besar kek Hokkaido dari kawan aku. Bolehlah dia makan atau jamu tetamu di rumah dia masa Deepavali nanti.

Pagi Deepavali, aku dah standby bawa kek ke rumah dia. Aku naik kereta sebab lepas pick up kek terus saja gerak ke rumah dia. Tahu apa jadi? Dia cakap tak boleh masuk rumah. Tak ada orang dan tak ada makanan. Huh? Pelik aku. Aku tengok ada saja orang dalam rumah dia. Sudahnya aku cuma hulurkan kotak kek Hokkaido dan ucapkan selamat Deepavali. Salam pun tidak. Huhu.

Bila aku cerita pada kawan sepejabat berbangsa India, dia cakap "how rude that lady. People come to celebrate she can just halau like that. At least should ajak to sit outside of the house if inside is messy or got many people".

Memang tak dinafikan aku pun sentap juga sebenarnya. Rasa malu pun ada, macam terhegeh-hegeh pula. Dah lah bukan sambutan raya aku. Huhu.

Minggu lepas aku nampak lagi auntie jalan kaki nak balik ke rumah. Macam ada rasa berbelah bahagi. Ughhh...

Sudahnya aku berhentikan kereta, auntie masuk dalam kereta, auntie sampai rumah dia dengan selamat. Auntie masih cakap nak belanja aku makan lah apa lah. Aku diam saja. Aku fikir tak mengapalah. Aku tak mengharapkan apa-apa pun dari dia. Dia layak untuk dibantu seadanya. Abaikan saja cakap-cakap dia.

Moga Allah balas kebaikan kita dengan ganjaran pahala. Moga pada hari lain orang lain pula membantu kita yang dalam kesusahan. Jangan lelah untuk berbuat baik sesama manusia dan makhluk lain. Selebihnya biarlah Allah saja membalas samada baik atau buruk.

Peace!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...